You are here
Home > Bersama BroFramestone > Isu Panas Bersama BroFramestone > 2 Wanita Disimbah Asid Di Rawang

17,431,835 total views, 5,679 views today

2 Wanita Disimbah Asid Di Rawang

Seorang wanita dan seorang gadis menjadi mangsa simbahan asid oleh dua lelaki ketika menunggu bas di Batu 16, Rawang.

Kejadian berlaku kira-kira 7 pagi itu melibatkan seorang guru wanita S.Rani, 46, dan seorang pelajar perempuan Nur Aqilah Osman, 16, telah disimbah asid oleh seorang daripada suspek yang berjalan kaki.

Menurut Nur Aqilah Osman,

Da sedang menunggu bas untuk ke sekolah bersama seorang rakannya apabila terkena asid yang disimbah dua lelaki meragut rantai emas seorang guru wanita yang turut menunggu bas.

Sebelum kejadian,

Dua lelaki terbabit dilihat bersandar di palang pondok menunggu bas itu sebelum mereka menegur seorang wanita berumur.

Ketika wanita tersebut sedang bercakap dengan kedua-dua lelaki terbabit tiba-tiba mereka meragut rantai emasnya dan dia cuba melawan tetapi disimbah asid dari botol yang dibawa seorang daripada lelaki itu

Suspek telah meragut rantai leher Rani sebelum melarikan diri ke kawasan berhampiran.

Dia cuba melarikan diri tetapi lelaki terbabit menyimbah baki asid ke arahnya dan dua lagi orang awam di pondok bas itu sebelum beredar dengan selambanya.

Sumber : Harian Metro

Di sini bro sertakan sekali, video temubual wartawan MyMetroTV dengan Nur Aqilah Osman

Bicara Bro : Rasanya akta pengawalan jualan cecair asid perlu diperketatkan.

Kejam sungguh perompak yang menggunakan modus operandi sebegini. Rasa tak selamat pula untuk berada di tempat awam.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

20 thoughts on “2 Wanita Disimbah Asid Di Rawang

  1. Dah senyap kes pasal simbah asid ni,now balik lagi..takde keje lain ke??huh…saya setuju tu bro..saya rasa perlu ada akta kawalan menjual cecair asid ni..huh..

    1. yups bro..Jay pun takut juga nak keluar sorang2..mane tahu silap haribulan..uish..Semoga Allah swt melindungi Bro dan Jay dan yang lain2..amiinn.

    1. Apa-apa pun sekarang kita semua perlu berhati-hati…

      Ke nampak je orang cam nie.. terus je belasah reramai…

      Dalam kes ini mereka mensasarkan kelompok perempuan.. so jika apa-apa yang berlaku, mereka sempat mengambil tindakan berambus awal2

    2. Kadang2 masyarakat luar tu buat tak reti je , susah nak ada yang sanggup tolong sebab tak nak libatkan diri.

      one in a million , bro.

      Yes harus berhati2..dok umah je la perempuan2 bru aman

  2. last week terbaca kisah Sex Maniac kat Rawang ni jugak.. Now kes asid lagi.. Apalah diorang ni fikir.. tahu nak senang je, then membahayakan orang lain.. Gerammmmmmmmmm

Leave a Reply

Top