You are here
Home > Tazkirah bersama BroFramestone > Tazkirah – Murtad Di Facebook

17,429,944 total views, 3,788 views today

Tazkirah – Murtad Di Facebook

Isu murtad tidak boleh dipandang remeh oleh masyarakat kita terutamanya umat Islam.

Tetapi isu ini makin membimbangkan apabila ada pihak secara terang-terang cuba menarik sesetengah pihak di negara kita untuk murtad.

Ini isu yang mampu bro bawa dan kongsi dengan semua.

Dimana ada pihak tertentu yang menggelarkan diri mereka kumpulan penyokong murtad di Malaysia dan Singapura apabila menubuhkan kelab di laman sosial, facebook bagi meraih sokongan masyarakat.

Penyertaan terbuka kepada mereka yang murtad di negara ini.

Pengendali group facebook terbabit dikesan turut mempelawa mana-mana individu supaya menyumbangkan sokongan moral kepada golongan murtad ini.

Mereka secara terbuka mengemukakan objektif kumpulan berkenaan sebagai medium kepada sistem sokongan moral untuk golongan terbabit dengan perbincangan mengenai persoalan murtad di Malaysia, termasuk agama Islam serta bangsa Melayu.

Bicara Bro : Kadangkala yang cetuskan benda ini kebanyakan adalah bukan islam.

Then mereka menarik orang islam (yang hati mudah goyah dan mudah dipengaruhi) untuk menyokong mereka. Kalau ada masa, anda selidik la sendiri latar belakang mereka.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

5 thoughts on “Tazkirah – Murtad Di Facebook

  1. Mak aih..ni kes berat ni..Harap2 takdelah budak2 remaja kite yg mengikuti kumpulan ni..huhuhu..Sedih Jay tgok sebab kawan Jay sendiri pun ada juga yg murtad.semua kerana didikan agama yang lemah..

Leave a Reply

Top