You are here
Home > Tazkirah bersama BroFramestone > Tazkirah : Isteri Bukan Tempat Kita Melepaskan Tekanan

17,433,312 total views, 977 views today

Tazkirah : Isteri Bukan Tempat Kita Melepaskan Tekanan

Isteri,

Bukannya tempat untuk kita melepaskan tekanan mahupun amarah.

Mereka sama seperti tulang rusuk, menjadi teman di sisi. Menemani perjalanan hidup kita di dunia. Dan memudahkan perjalanan kita di akhirat kelak.

Setiap tingkahlakunya dan kesalahannya semasa bergelar isteri kepada kamu, akan dipersoalkan kepada kita kelak.

Silapnya dia, masuk akaun kita.

Baiknya dia, masuk akaun kita.

Dan ingat, salah satu syurga bagi isteri terletak pada kaki kita.

Kalau si isteri nak cium bau syurga. Jangan sesekali anda hulurkan kaki anda berbau cekam atau berstokin seminggu tak basuh.

Cukup sekadar memberi perluang kepada mereka menjadi isteri yang terbaik kepada anda.

Jangan jadikan isteri anda sebagai beban hidup anda.

Sekali lafaz akad anda diterima. Di situ bermulanya amanah dan tanggungjawab beralih, dipikul terus ke bahu anda.

Sebagai suami atau ayah, bukan nafkah semata-mata yang perlu kita berikan kepada isteri atau anak. Tetapi kita perlu berikan perluang kepada mereka untuk melangkah ke syurga.

Bicara Bro : Bro masih tak sempurna untuk mendidik isteri mahupun anak-anak bro.

Itu bukan alasan, ianya tanggungjawab bersama. Terima kasih jika kamu masih mendidikku.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

8 thoughts on “Tazkirah : Isteri Bukan Tempat Kita Melepaskan Tekanan

  1. amanah dan tanggungjawab lebih berat terletak pada seorang ayah..seorang anak syurganya terletak di bawah kaki ibu,sebab ibu yang mengandung dan melahirkan kita,Syurga buat isteri adalah di bawah kaki suami…kerana suami yang akan bertanggungjawab ke atas dosa yang dilakukan isteri dan anak2 andai gagal membimbing mereka..

    1. hehe..Jay duduk sabah bro..sesiapa pun Jay tak kisah..duduk mane pun Jay akan terima seandainya memang dialah yang menjadi tulang rusuk jay..

Leave a Reply

Top