March 29, 2024

Kehidupan Blogger Yang Berusaha Mencari Sesuap Nasi [Parody]

Korang ingat nak jadi blogger sepenuh masa sebagai kerjaya ini adalah sesuatu yang mudah?

Ramai yang cakap pada bro,

“Untunglah, bro kan fulltime blogger. Income sure kencang”

Bro fulltime pun, income semua bro cari sendiri. Tak mengharapkan syarikat lain menjadi orang tengah bagi bro dengan pihak klient.

Kata orang,

Jadi blogger sebagai kerjaya sepenuh masa agak mencabar juga.

Bukan sebab kais pagi baru dapat makan. Tapi lebih kuras kes kais pagi 3-4 bulan belum tentu dapat makan ataupun memang tak dapat langsung.

Dapat klient ok, ok la. Jika dapat yang tak ok, korang fikirkan la sendiri.

Kadangkala ke hulu ke hilir dok jual diri (bukan jual punggung ek), semata-mata nak tangkap klient yang berpotensi.

Bila dapat,

Banyak benda yang perlu kita fokus dan utamakan.

Bukan sekadar tulis dekat blog then publish. Ping sana sini lepas teu tunggu payment dapat.

Dalam tempohnya di publish. Bro perlu sediakan report, maklumat lengkap mengenai status post tersebut. Berapa banyak view yang diterima. Adakah direct traffic mahupun dari search engine. Berapa banyak komen yang diterima etc.

Sampaikan masa bro dengan keluarga pun agak kurang.

So bro kena pandai cari masa dan susun schedule hidup bro dan sebagainya. Paling penting kena pandai menggunakan duit, jangan membazir. lain la kalau tiap-tiap bulan duit masyuk kan.

Name Card sentiasa ada.

Pergi mana-mana event, benda ini la bro hulur sebagai tanda perkenalan. Bertukar-tukar no tepon, berbual serba sedikit pasal kerjaya masing then baru masuk bab business etc.

Ada rezeki boleh jv mahupun hulur2 projek pada bro.

Dari orang biasa sampai kepada CEO syarikat bro kenal dan mereka pun kadangkala hubungi bro untuk discuss pasal beberapa project. Ada rezeki, bro akan hulur sikit pada korang (blogger je ek).

Ada juga beberapa rakan blogger yang rapat dengan bro dan mempunyai pengaruh, bro hulur seketul dua projek. Ada gak la income yang mereka terima di blog dari tiada kan :)

Bro sendiri tak tahu sampai bila bro akan teruskan kehidupan sebegini,

Mungkin bro sendiri tidak akan stop. bro suka kerja begini. Bro sanggup tolak kerja dengan government semata-mata nak teruskan minat bro ini.

Ada juga memember blogger suruh bro buat sidang media jika nak stop berblog.

Gila apa,

Bro bukan artis. Insya’lah bro akan keluar dengan bengkel yang akan bro handle. Mungkin korang boleh dapatkan sesuatu darinya kan. Thank kepada Irfan Khairi – Jutawan Internet yang sudi offer something kepada bro.

Kredit semua gambar (tak termasuk gambar yang di atas) kepada Shahrul Hairy

Ini merupakan entry – Luahan Hati Seorang Blogger [Part 17]

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

108 thoughts on “Kehidupan Blogger Yang Berusaha Mencari Sesuap Nasi [Parody]

  1. ala sadisnye bro. Takpe, All the Best! Moge 2012 bawa tuah & kejayaan!!… Bro, chayok2x naikkan Blogging world untuk menjadi bidang yang sama-sama dimartabatkan & berprestij ya!!!… Kalau blogging merupakan kerjaya professional maknenya saya pun akan terkena tempiasnya….hehehe… Chayok2x blogger semua!!!…

    1. jumpa bro pn tak pernah lagi.. huhu banyak kali rancang nk wat namecard ni.. tp nama blum stabil lagi, blum ramai kenal.. blog zuan pn pakai blogspot je, tak mampu nak ada domain sendiri lg..

    1. He..23x tapi bagi yang dah selesa seperti Budiey mahupun Rotikaya atau Amanz mungkin tak terasa sangat…

      Niche dorang dah cukup mantap untuk tempoh masa beberapa tahun akan datang…

  2. konklusinya : untuk berjaya mnjadi seorang blogger yg bukan sekdar menulis ttpi dpt mncari income adalah dgn berusaha dan berusaha…..kan bro ??? please guide me…… bro. ^^

    1. Betul tue…

      bro pun tak merasakan bro berada di level selamat sekarang nie…

      masih banyak benda yang perlu bro kejar dalam kehidupan ini…

      bro xnak habiskan usia bro dengan sesuatu yang tak memberi manfaat kepada bro

    2. apapun,perlu atur strategi bro…. perancangan msti mantap…tp nk mulakan sesuatu yg baru bg kita sangatlah payah.mugkin kerana kurang keyakinan dlm diri……

  3. Salam bro, serius memang hebak die nye cabaran jadi blogger full time kan….huhuhuhuhu tapi memang respect lah ngan bro sebab sanggup tolak offer keje ngan gomen…hehehe btw keep it up bro…akan selalu support!

    1. bro dulu memang kerja gomen…

      cuma hati macam tak ok je dengan kerjaya cam tue.. then bro pilih kehidupan cam nie…

      mencabar sikit… tetapi berbaloi.. dari dok makan suap, semua dah disediakan… then tgu sampai pencen… cam xde life

    1. cabaran terlalu banyak…

      lagi2 la blog bro biasa2 je.. bukan blog yang trafik tgi or niche mantap2…

      nanti bro akan inform.. banyak procedure.. malam nie bro ada meeting dengan satu company nie untuk event next week.. bro jadi media rasmi mereka..

  4. Terbaik entri ni bro,saya doakan bro semoga berjaya di dalam arena blogging ni.Insya Allah,satu hari nanti kerjaya sebagaiblogger sebaris dengan kerja yang lebih mencabar

  5. Sedihnya.. Tapi apepuan bagi nurul bro blogger otai, banyak ilmu.. Semoga berjaya bro.. InsyaAllah Rezeki ada kat mana mana bro.. asalkan kita ikhlas insyaAllah Allah akan tolong kita.. ;)

    Time kasih banyak2 bro, banyak ilmu blogging yg bro curahkan kat nurul.. ;)

  6. kje dlm bidang n mode aperpon kne buat bersungguh2 n think smart. baru berkat. kalo ckp lebey tp habuk pon tarak, no life juger kan? kalo kita kje dlm bidang yg kita minat, rasa bahagia. aperpon, pic pertama itu nampak bahagia…ahahahha… tp, kelako gaks bila gambo mak den yg bukan blogger tuh leh kuar kt sini ngalahkan anaknyer…hihiihihihi

    1. if mak akak jadi blogger.. n bubuh pic siap ada dailog cam dalam gambar di atas…

      memang meletup la dia.. silap hari bulan ade company nak amik berlakon iklan

    1. maksud jay menjadi full time blogger,tapi dgn haluan sendiri dan ada bimbingan dari bro..:)..hehehe

  7. Salam brO..

    seyes! sye org bru lam dunia blogging nih…
    habuk kuman pOn x reti cmne nk hupgrade blog kasik org suke view + tambah side incOme..

    neway..srOnok skOdeng blog2 org…
    mne yg berILMIAH + INFORMASI bguna = bgussss!

    laz but nOt least..
    SALAM UKHWAH bro~

    1. Salam ukhwah juga dari bro..

      Amik yang simple dulu.. tulis apa yang kita minat.. dalam masa yg sama cari orang yg suka baca apa yg kamu tuliskan..

      Side income letak tepi dulu..

      Insya’lah dipermudahkan

    1. w’salam…

      yup memang blogger Perak.. buat penat je selama nie bro letak pic dekat sidebar punye besar pegang sepanduk “blogger perak” baru je tukar tadi dengan pic yang baru…

      eh.. memang la bro ada nama.. gila ape dok malaysia xde nama..

      sape la kenal blog bro nie kan he..23x T-T

  8. jadi blogger kena sabar ,kena pandai arrange time,kena pandai jaga diri…. hahaaha,,brooo..tu surat sesaja ja tu, pulun gila kan?ahaks :P

  9. Panjang gila komen untuk entri ini. Maknanya ramai yang ingin mengetahui realiti kehidupan blogger sepenuh masa. Bagi yang bergaji mungkin boleh tahan sedikit tetapi yang sepenuh masa menjadi blogger perlu rajin cari projek kalau tidak miss soru.

    1. Bro Framestone.. Sumber inspirasi.. dulu,kini dan selamanya.. AkuBiomed, kau buat aku teruja bila bkenalan dgn kamu.. ada contoh baik yang saya dpt bila jumpa korang berdua

  10. bagus bro ni..low profile..walaupun belum pernah meet in person..tapi dapat rasakan bro ikhlas dalam arena blogging..teruskan usaha bro..mane tau jadi 1st blogger dapat gelaran “Datuk”..hehehe

Leave a Reply to namia Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *