Korang ingat nak jadi blogger sepenuh masa sebagai kerjaya ini adalah sesuatu yang mudah?

Ramai yang cakap pada bro,

“Untunglah, bro kan fulltime blogger. Income sure kencang”

Bro fulltime pun, income semua bro cari sendiri. Tak mengharapkan syarikat lain menjadi orang tengah bagi bro dengan pihak klient.

Kata orang,

Jadi blogger sebagai kerjaya sepenuh masa agak mencabar juga.

Bukan sebab kais pagi baru dapat makan. Tapi lebih kuras kes kais pagi 3-4 bulan belum tentu dapat makan ataupun memang tak dapat langsung.

Dapat klient ok, ok la. Jika dapat yang tak ok, korang fikirkan la sendiri.

Kadangkala ke hulu ke hilir dok jual diri (bukan jual punggung ek), semata-mata nak tangkap klient yang berpotensi.

Bila dapat,

Banyak benda yang perlu kita fokus dan utamakan.

Bukan sekadar tulis dekat blog then publish. Ping sana sini lepas teu tunggu payment dapat.

Dalam tempohnya di publish. Bro perlu sediakan report, maklumat lengkap mengenai status post tersebut. Berapa banyak view yang diterima. Adakah direct traffic mahupun dari search engine. Berapa banyak komen yang diterima etc.

Sampaikan masa bro dengan keluarga pun agak kurang.

So bro kena pandai cari masa dan susun schedule hidup bro dan sebagainya. Paling penting kena pandai menggunakan duit, jangan membazir. lain la kalau tiap-tiap bulan duit masyuk kan.

Name Card sentiasa ada.

Pergi mana-mana event, benda ini la bro hulur sebagai tanda perkenalan. Bertukar-tukar no tepon, berbual serba sedikit pasal kerjaya masing then baru masuk bab business etc.

Ada rezeki boleh jv mahupun hulur2 projek pada bro.

Dari orang biasa sampai kepada CEO syarikat bro kenal dan mereka pun kadangkala hubungi bro untuk discuss pasal beberapa project. Ada rezeki, bro akan hulur sikit pada korang (blogger je ek).

Ada juga beberapa rakan blogger yang rapat dengan bro dan mempunyai pengaruh, bro hulur seketul dua projek. Ada gak la income yang mereka terima di blog dari tiada kan :)

Bro sendiri tak tahu sampai bila bro akan teruskan kehidupan sebegini,

Mungkin bro sendiri tidak akan stop. bro suka kerja begini. Bro sanggup tolak kerja dengan government semata-mata nak teruskan minat bro ini.

Ada juga memember blogger suruh bro buat sidang media jika nak stop berblog.

Gila apa,

Bro bukan artis. Insya’lah bro akan keluar dengan bengkel yang akan bro handle. Mungkin korang boleh dapatkan sesuatu darinya kan. Thank kepada Irfan Khairi – Jutawan Internet yang sudi offer something kepada bro.

Kredit semua gambar (tak termasuk gambar yang di atas) kepada Shahrul Hairy

Ini merupakan entry – Luahan Hati Seorang Blogger [Part 17]