March 19, 2024

Jemputan Ke Bicara Minda Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad

Bro di sini nak jemput korang ke Bicara Minda Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad esok (24 Febuari 2012) di PWTC.

Ini merupakan satu program bual bicara bersama pemimpin tercinta kita iaitu YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad atau lebih dikenali sebagai Che Det.

Dimana beliau merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia yang berkhidmat paling lama iaitu selama 22 tahun dan beliau akan berkongsi segala pengalaman bersama anda semua terutama dalam bidang kepimpinan.

Program ini terbuka kepada semua belia berumur 18-40 tahun. Sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini sila daftarkan diri anda dengan melengkapkan borang dibawah:

Untuk menyertai program ini sila lengkapkan maklumat berikut:

  1. Lengkapkan borang kehadiran di dalam link berikut: Borang Kehadiran
  2. Sila sahkan kehadiran anda di laman jemputan facebook di link berikut : Laman Jemputan

Maklumat program adalah seperti berikut:

TARIKH : 24 FEBRUARI 2012 (JUMAAT)
TEMPAT : DEWAN TUN DR. ISMAIL, PWTC, KUALA LUMPUR
MASA : 8.30 PAGI – 1.00 PETANG
PAKAIAN : FORMAL

Untuk maklumat lanjut sila hubunggi pegawai berikut:
CIK NURUL ADIBAH – 017-4191190
EN. MOD NADZRI – 013-3479063 / modnadzri@kbs.gov.my
EN.ASRUL – 03-88713294 / asrulabu@kbs.gov.my
CIK MARCELLA – 012-6746640 / marcella@kbs.gov.my

Kepada semua yang menjadikan beliau sebagai Idola dan Ikon dalam hidup anda,

Jangan melepaskan peluang duduk dan bersama-sama menjana minda bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Penyertaan adalah TERHAD kepada 1000 orang sahaja.

Bicara Bro : Malam tadi bro bermimpi duduk makan semeja dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bro akan berada di sana. Bagi sesiapa yang berada disana, jangan malu atau segan untuk tegur bro.

Sila kongsikan kepada rakan-rakan anda. Bagi memeriahkan majlis ini.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

11 thoughts on “Jemputan Ke Bicara Minda Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *