Sindiket pengedaran dadah kini memilih untuk merekrut keldai dadah dalam kalangan janda atau gadis-gadis.

Modus operandi sindiket dadah ini adalah melantik wanita tempatan menjadi anggota sindiket dadah dan menyuruh mereka mencari keldai dadah lain di negara ini.

Keldai dadah yang menjadi pilihan sindiket dadah masa ini adalah janda, gadis-gadis yang bekerja di pasar raya atau menjalankan perniagaan kecil sendiri.

Sepanjang tahun lalu,

Seramai 76 orang rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas kesalahan dadah dan daripada jumlah itu 49 orang merupakan keldai dadah.

Daripada 49 orang keldai dadah yang ditahan itu separuh daripada mereka merupakan wanita.

Kesemua 49 keldai dadah ditahan di negara asing seperti :

  • China (13 orang),
  • Indonesia (13 orang),
  • New Zealand (10 orang),
  • Thailand (5 orang),
  • Singapura (3 orang)
  • Australia,
  • Belanda,
  • Argentina,
  • Macau
  • Pakistan.

Ada sesetengah keldai dadah ini tahu bahawa kandungan barangan yang dibawa mereka ialah dadah. Dan mereka secara sukarela menjadi keldai dadah kepada sindiket ini demi mendapatkan puluhan ribu ringgit.

Bicara Bro : Ada kenalan bro yang mempunyai kenalan yang berbusiness dadah.

Memang income dia masuk dari zaman berlajar sampai sekarang. Dah 2x kahwin.

Tapi hidup dia masih tak bahagia. Kenapa bro cakap macam nie?

Bila income yang tidak halal menjadi darah daging, menjadi makanan kepada ahli keluarga. Memang susah hati mahu tenang dan senang. Ada sahaja yang tak kena.

Jika bukan didunia. Mungkin di akhirat sana.