April 19, 2024

Disamun Kenalan Facebook

Berhati-hati dengan rakan yang baru kita kenali,

Lagi-lagi dari laman sosial seperti facebook. Kalau MySpace korang pun boleh fikir sendiri kan.

Pagi ini bro nak kongsikan satu kes, apabila seorang pelajar lelaki telah bertemu dengan rakan yang baru dikenali melalui laman facebook membawa padah apabila dia disamun kenalannya itu.

Mangsa yang juga pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) itu bukan saja disamun, malah diugut lelaki terbabit untuk mendedahkan perbuatan mangsa yang sanggup keluar hingga awal pagi kepada keluarga dan pengurusan IPTA sekiranya melaporkan dia disamun.

Mangsa berusia 23 tahun berkenalan dengan seorang lelaki berusia 20-an melalui laman facebook dua minggu lalu sebelum sepakat berjumpa dan mengenali diri masing-masing.

Bicara Bro : Ingatkan perempuan sahaja boleh menjadi mangsa samun oleh kenalan lelaki (selalunya lebih dari itu).

Kali ini, lelaki juga tidak terlepas.

Ini yang buat bro risau nak keluar dengan sesiapa (selama ini memang bro tak akan keluar punya) terutama time malam. Tetapi ada tak yang risau nak keluar dengan bro memalam he..23x

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

5 thoughts on “Disamun Kenalan Facebook

Leave a Reply to puanbee Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *