Jom sertai Octove.com laman sosial malaysia yang pertama. Daftar guna akaun facebook anda

Orang kata mamat ni ensem

Iklankan perniagaan atau aktiviti anda di sini

Disamun Kenalan Facebook

Filed in Isu Panas Bersama BroFramestone 5 comments

Berhati-hati dengan rakan yang baru kita kenali,

Lagi-lagi dari laman sosial seperti facebook. Kalau MySpace korang pun boleh fikir sendiri kan.

Pagi ini bro nak kongsikan satu kes, apabila seorang pelajar lelaki telah bertemu dengan rakan yang baru dikenali melalui laman facebook membawa padah apabila dia disamun kenalannya itu.

Mangsa yang juga pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) itu bukan saja disamun, malah diugut lelaki terbabit untuk mendedahkan perbuatan mangsa yang sanggup keluar hingga awal pagi kepada keluarga dan pengurusan IPTA sekiranya melaporkan dia disamun.

Mangsa berusia 23 tahun berkenalan dengan seorang lelaki berusia 20-an melalui laman facebook dua minggu lalu sebelum sepakat berjumpa dan mengenali diri masing-masing.

Bicara Bro : Ingatkan perempuan sahaja boleh menjadi mangsa samun oleh kenalan lelaki (selalunya lebih dari itu).

Kali ini, lelaki juga tidak terlepas.

Ini yang buat bro risau nak keluar dengan sesiapa (selama ini memang bro tak akan keluar punya) terutama time malam. Tetapi ada tak yang risau nak keluar dengan bro memalam he..23x

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted by Bro Framestone   @   8 February 2012 5 comments

5 Comments

Comments
Feb 8, 2012
9:47 am
#1 sukacuka :

lelaki? apa kejadahnya ini semua? SEDIH!!!!

[Balas Komen Ini]

Bro Framestone Reply:

He..23x mu berani ke nak keluar dengan bro

Tapi bro hanya keluar dengan perempuan je.. lelaki..?? sorry

[Balas Komen Ini]

Feb 8, 2012
11:11 am
#2 jay :

ish2…napelah sampai sanggup buat mcm ni??dah takde keje ke??

[Balas Komen Ini]

Bro Framestone Reply:

dah mungkin itu kerja dia kan

[Balas Komen Ini]

Feb 9, 2012
8:54 am
#3 puanbee :

Sabor je lah .org jahat dimana2 la ni ..

[Balas Komen Ini]

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous Post
«
Next Post
»
ClearCloud designed by List of UK Banks In conjunction with Alliance & Leicester , Citibank UK , Portman Building Society.