14 Febuari.

Bukan niat bro nak cerita pasal valentine blame pasal valentine etc.

Alang-alang tengah bosan dalam train. Elok juga update blog. Dalam masa yang sama kongsi sedikit teguran.

Bukan kepada blogger sahaja. Ini kepada semua, yang bro anggap sebagai rakan, kenalan atau pembaca blog bro.

Bro perasan,

Bila tibanya valentine, semua nak jadi ustaz, ustazah, ahli ulama etc. Masing-masing keluar fatwa.

Tak salah pun nak nasihat menasihati sesama kita. Pahala dan ganjaran akan kita terima jika melakukannya secara ikhlas.

Tapi, (ada tapi tue…!!!!)

Lepas 14 Feb, korang keluar berdua, laga pipi, pegang tangan tak terasa haram ke?

Bicara Bro : Kadangkala cermin itu penting.

Kadangkala cermin diri sendiri pun penting juga.

Jangan sampai ada yang hulur cermin suruh anda cermin diri anda sendiri.