Jom sertai Octove.com laman sosial malaysia yang pertama. Daftar guna akaun facebook anda

Orang kata mamat ni ensem

Iklankan perniagaan atau aktiviti anda di sini

Bawa Jin Untuk Lulus Peperiksaan Bahasa Inggeris

Filed in Fitrah Manusia Bersama BroFramestone 14 comments

Tergelak bro baca tajuk akhbar Harian Metro hari ini.

Mengenai Azimat lulus BI.

Didapati segelintir penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) percayakan kuasa daun sirih untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Bahasa Inggeris.

‘Daun sirih hikmat’ itu diperoleh daripada seorang bomoh dengan bayaran RM350,

Mengikut testimoni dua pelajar IPT yang pernah menggunakannya,

Mereka mendakwa daun sirih itu amat berkesan apabila mereka memperolehi keputusan cemerlang setiap kali peperiksaan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Terpulang kepada orang lain sama ada mahu percaya atau tidak, tapi bagi mereka dan beberapa rakan yang lain, sudah menggunakan sirih itu dan ia terbukti berkesan.

Cara menggunakannya juga mudah,

Tak perlu makan dan tak perlu baca sebarang mantera atau jampi, sebaliknya kita hanya perlu letakkan sirih itu di dalam poket seluar ketika memasuki dewan peperiksaan.

Bicara Bro : Susah sangat ke subjek BI, sampai nak guna jin-jin nie.

Rupa-rupanya jin lagi pandai walaupun tak masuk U. Gini la orang melayu, bila ada sesuatu yang tak boleh buat, terus nak guna jin.

Patut la bangsa kita susah nak maju.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted by Bro Framestone   @   7 February 2012 14 comments

14 Comments

Comments
Feb 7, 2012
8:48 am
#1 sukacuka :

tau tak pe bro..melayu memang macam tu. Bukankah berdoa tu lebih baik dari mengharapkan dari sesuatu yang juga diciptakan oleh Nya.

[Balas Komen Ini]

Bro Framestone Reply:

bro exam bawa botol air je…

if xboleh nak jawab, bro minum air.. bagi oksigen sampai ke otak..

[Balas Komen Ini]

sukacuka Reply:

tu lebih baik dari duk mengharapkan jin. Tak de faedah langsung.. Bro, pensil tak bwak ke? hehe

[Balas Komen Ini]

Bro Framestone Reply:

alat tulis kan benda wajib bawa.. ish kamu nie

[Balas Komen Ini]

sukacuka Reply:

hahaha..igtkan pinjam orang sebelah..

[Balas Komen Ini]

puanbee Reply:

Baca komen kat sini , teringat citer mr bean jawab exam ahaks..

Feb 7, 2012
9:10 am
#2 del :

hahahah dahsyat jugak…advance giler student skg nie…dlu org istilahkan footnote dlm exam “toyol” , bdk2 skg da x pakai “toyol” gune sirih…?dunia skrg semakin pelik…nk try la bg budak2 yg betul2 x pandai english pakai daun sirih 2…bdk2 yg gune kn 2 mesti kurang keyakinan pd kemampuan diri…:-p

[Balas Komen Ini]

Bro Framestone Reply:

mungkin juga….

bahasa inggeris tak ada la susah mana… dah nama pun masuk ipt.. xkan masih merangkak lagi kan…

untung bomoh tue ek..

[Balas Komen Ini]

del Reply:

tul…
sia2 belajar english dr tahun satu sampe tingkatan 5…
org kampung pun cerdik x caya ke bomoh 2…:-p
nie la yg org ckp makin tinggi belajar makin bangang…

[Balas Komen Ini]

Bro Framestone Reply:

he..23x tapi kenyataannya memang cam tue…

lagi tinggi belajar.. makin bangang.. orang yang spm tak lepas pun lagi bijak dalam hidup mereka

[Balas Komen Ini]

Feb 7, 2012
10:24 am
#3 jay :

sebenarnya tak perlu sirih2 ni..yang penting keyakinan..sebab apa depa boleh lulus..bukan kerana sirih tu..tapi keyakinan mereka terhadap sirih tu boleh buat depa lulus..keyakinan diri tu yang penting..:)

[Balas Komen Ini]

Bro Framestone Reply:

Mana la tahu kan dekat sirih tue memang ada jin kan he…23x

Rasanya teknik merebus buku dan minum dah tiada orang praktikan kot

[Balas Komen Ini]

jay Reply:

hahaha..kot2 ade kan bro..
teknik tu depa dah xnak guna dah..hehehe

[Balas Komen Ini]

Feb 7, 2012
1:46 pm

Kalau bebudak sekolah pulak guna toyol..hehehe..

Ni kes malas nak usahalah ni,itu sbb jadi mcm tu mcm ni…ye tak Bro..??
W.HabibuRahman recently posted..Bersukan Mampu Tingkatkan Kualiti Sperma Seseorang Jejaka

[Balas Komen Ini]

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous Post
«
Next Post
»
ClearCloud designed by List of UK Banks In conjunction with Alliance & Leicester , Citibank UK , Portman Building Society.