April 19, 2024

Artis Saman Pengendali Blog Hiburan Rotikaya.com

Bekas penyanyi kumpulan Shades, Mohamad Faizal Mohd Ali atau Wan Shades akan mengambil tindakan saman terhadap pengendali blog hiburan Rotikaya.com kerana menerbitkan artikel yang dianggap memfitnahnya.

Artikel bertajuk Wan Shade Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol anak Tiri Selama Tujuh Tahun secara jelas merujuk kepada dirinya.

Artikel itu disiarkan dalam blog Rotikaya.com pada 20 Februari lalu.

Bagaimanapun, artikel itu sudah dikeluarkan.

Beliau memberi tempoh tujuh hari kepada blogger itu untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

*********
Ini apa yang bro petik dari akhbar.

Bro kenal pengendali blog Rotikaya. Bro tak berani nak cakap lebih, sebab kami selalu ada bersama. Tak pasal-pasal bro kena saman pula dengan Rotikaya.

Apa yang bro boleh cakap,

Bicara Bro : Memang susah nak uruskan blog hiburan. Bro sendiri rasa macam nak pitam lagi-lagi buat sorang-sorang. Bro la amik gambar, bro la amik video, bro la yang interview, bro la edit, bro la yang tulis.

Semua bro.

Nak cari team, macam belum ada yang berkenan dengan bro yang sememangnya cerewet bila menjalankan tugas.

Bro dari dulu memang respek krew Rotikaya dan Krew Oh! Media. Bila la nak ada Krew Hye Bro! nie.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

26 thoughts on “Artis Saman Pengendali Blog Hiburan Rotikaya.com

    1. buat Hye Bro! masa sekarang, rezeki masih belum putus-putus…

      Malas nak kejar keyword… tapi amat memerlukan innity untuk bayar writer…

      Semalam baru je dapat private interview dengan Siti Sarah & Shuib Sepah… untuk majlis kahwin ana raffali hari ini pun bro dapat. Untuk wayang pulak, MIG akan panggil untuk semua filem dia…

      Memang rezeki buat masa ini

    1. Tu laa, tak suka gak blog hiburan ni, sebab menimbulkan fitnah. bende kecik yang sepatutnya leh selesai dengan mudah, dorang nak juga update, pastu putar belit fakta.

    2. source dia duk ceduk kat forum cari, mcm beutifulnara jugak duk ambil maklumat drpd forum cari, bukan usaha sendiri….

Leave a Reply to titan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *