Bekas penyanyi kumpulan Shades, Mohamad Faizal Mohd Ali atau Wan Shades akan mengambil tindakan saman terhadap pengendali blog hiburan Rotikaya.com kerana menerbitkan artikel yang dianggap memfitnahnya.

Artikel bertajuk Wan Shade Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol anak Tiri Selama Tujuh Tahun secara jelas merujuk kepada dirinya.

Artikel itu disiarkan dalam blog Rotikaya.com pada 20 Februari lalu.

Bagaimanapun, artikel itu sudah dikeluarkan.

Beliau memberi tempoh tujuh hari kepada blogger itu untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

*********
Ini apa yang bro petik dari akhbar.

Bro kenal pengendali blog Rotikaya. Bro tak berani nak cakap lebih, sebab kami selalu ada bersama. Tak pasal-pasal bro kena saman pula dengan Rotikaya.

Apa yang bro boleh cakap,

Bicara Bro : Memang susah nak uruskan blog hiburan. Bro sendiri rasa macam nak pitam lagi-lagi buat sorang-sorang. Bro la amik gambar, bro la amik video, bro la yang interview, bro la edit, bro la yang tulis.

Semua bro.

Nak cari team, macam belum ada yang berkenan dengan bro yang sememangnya cerewet bila menjalankan tugas.

Bro dari dulu memang respek krew Rotikaya dan Krew Oh! Media. Bila la nak ada Krew Hye Bro! nie.