You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Al-Ikhlas | Cerekarama TV3

17,446,041 total views, 5,252 views today

Al-Ikhlas | Cerekarama TV3

Salam Maulidur Rasul bro ucapkan kepada semua pembaca blog bro.

Malam ini bro luangkan masa bersama keluarga menonton cerekarama tv3 yang bertajuk Al-Ikhlas.

Lagi-lagi bila pelakon yang bro minati berlakon iaitu Nasir Bilal Khan.

Sinopsis Al-Ikhlas – Cerekarama TV3

Al-Ikhlas mengisahkan tentang Solah, seorang yang sangat lurus dan baik hati. Keadaan Solah menyebabkan orang kampung sering mengambil kesempatan terhadapnya. Namun, bagi Solah dia hanya menjalan tugas dengan ikhlas.

Solah pernah berkahwin namun sejak isterinya meninggal, dia tinggal berseorangan ditemani dengan kucing-kucing kesayangannya. Dia juga sering berkunjung ke surau lama di kampungnya untuk beribadat.

Surau tersebut terletak di atas tanah yang telah diwakafkan oleh ayah Zaki, namun, apabila ayahnya meninggal dunia, Zaki ingin menjual tanah tersebut. Ramai yang tidak jadi membeli tanah tersebut kerana adanya surau di situ.

Zaki seringkali mendesak Pak Ali, ketua kampung supaya merobohkan surau tersebut supaya dia boleh menjual tanah namun Pak Ali enggan kerana surau tersebut telah diamanahkan oleh bapa Zaki kepadanya.

Dalam masa yang sama anak Pak Ali, mula menaruh hati semula kepada Solah selepas beliau diceraikan oleh suaminya. Tetapi ditentang oleh Pak Ali yang merasakan Solah gila dan tiada tujuan hidup.

Zaki juga mencuba berbagai cara memburukan si Solah dan berusaha mendapatkan pembeli untuk membeli tanah yang diwakafkan sebagai surau.

Di akhir cerita, Solah meninggal dunia dan telah meninggalkan wasiat dimana, separuh tanahnya di jual. Duit dari jualan digunakan untuk mendirikan surau di atas tanah yang separuhnya. Baki digunakan sebagai pembiayaan kelas fardu ain di surau tersebut.

Manakala Zaki pula terlibat dalam kemalangan selepas menjual tanahnya dan meninggal dunia.

Bagi bro cerita ini penuh dengan pengisian dan sesuai dijadikan iktibar kepada semua.

Bro baru teringat fadhilat membaca surah Al-Ikhlas selepas menonton cerita ini.

Bicara Bro : Dah lama rasanya bro tidak lepak di surau atau masjid (kecuali solat jumaat dan ada majlis ilmu).

Rasanya tahun ini, bro perlu juga ikuti majlis-majlis ilmu dan dekati diri dengan masyarakat.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

7 thoughts on “Al-Ikhlas | Cerekarama TV3

Leave a Reply

Top