You are here
Home > Tazkirah bersama BroFramestone > [Tazkirah] Tak Salah Untuk Jatuh Cinta

17,439,821 total views, 3,676 views today

[Tazkirah] Tak Salah Untuk Jatuh Cinta

Tak salah untuk kita jatuh cinta.

Jika ditelitikan nas-nas Islam, tiada dalil yang menyatakan Allah SWT dan RasulNya yang mengharamkan mencintai seseorang yang ingin kita jadikan pasangan hidup.

Bahkan al-Quran sendiri mengiktiraf cinta tersebut.

Ini kerana jatuh cinta antara jantina yang berbeza adalah fitnah manusia. Ianya bukan diada-adakan.

Allah SWT ada berfirman mengenai lelaki yang jatuh cinta kepada janda yang masih dalam edah kematian suami:

“Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran) untuk meminang perempuan (yang dalam edah kematian suami), atau tentang kamu menyimpan dalam diri (keinginan berkahwin dengan mereka).

Allah SWT mengetahui bahawa kamu akan mengingati mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan.

Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis edah yang ditetapkan itu. dan ketahuilah sesungguhnya Allah SWT mengetahui apa yang ada dalam dada kamu, maka beringat-ingatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar”.

(Surah al-Baqarah: 235)


Ayat di atas membicara mengenai larangan meminang wanita dalam edah kematian suami sebelum tamat edahnya.

Ini kerana hukum edah mempunyai banyak masalah termasuk membabitkan perasaan keluarga bekas suami. Namun Allah tetap tidak melarang sindiran yang mempunyai maksud ingin meminang, juga tidak salah keinginan yang tersimpan dan perasaan yang selalu teringatkannya.

Itu semua tanda ‘jatuh cinta’. Cumanya, Allah SWT memerintahkan agar mengikut peraturan yang ditetapkan.



Bicara Bro : Tak salah untuk jatuh cinta,

Tetapi salah untuk jatuh cinta dengan kaum sejenis dan ingin mengahwini mereka.

Cinta sesuatu yang subjektif, cinta yang kekal hanya untuk Dia. Cinta sesama manusia hanya sementara. Jangan seksakan hidup anda kerena cinta anda sesama manusia sehingga melupakan Dia yang lebih utama.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

19 thoughts on “[Tazkirah] Tak Salah Untuk Jatuh Cinta

Leave a Reply

Top