You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > Sekali Lafaz, Kau Akan Jadi Milik Ku

17,426,226 total views, 70 views today

Sekali Lafaz, Kau Akan Jadi Milik Ku

Sekali lafaz,

kau akan menjadi milik ku.

Mungkin lafaz pertama, aku gagal.

Tak apa, masih ada perluang untuk lafaz kedua. Diselangi selawat dan bismillah, aku kuatkan semangat, tenangkan hati.

Lalu aku lafazkan sekali lagi

“Aku terima nikahnya….”

Sah…???

“sah.. sah.. sah..” sahutan dari wali dan juga saksi.

Maka rasmilah kau menjadi tanggungjawabku di dunia dan akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Dan ingatlah.

Segala salah dan cacatmu, aku akan tanggung dan pikul dibahuku diakhirat kelak.

Segala darah dagingmu akan menjadi tanggungjawabku seperti yang diamanahkan oleh walimu.

Dan segala perintahku,

Harus kau ikuti dan taati selagi tidak menyalahi agama dan tuhanmu.

Ingatlah juga,

Kau datang dari tulang rusuk ku. Maka jadilah dikau peneman perjalananku di dunia ini.

Dan aku akan menjadi pelindungmu selagi aku masih hidup disisimu.

Sumpah setia ku kepada bakal isteri ku….

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

24 thoughts on “Sekali Lafaz, Kau Akan Jadi Milik Ku

  1. cayalah bro..buat peringatan utk diri jay juga.sesungguhnya pikullah tanggungjawab yang telah Allah s.w.t amanahkan.itulah Tugas sebagai,hamba Allah s.w.t di dunia sementara ini.^-^

    1. sorry jay if selama nie bro kan sembunyikan ape2 dari kamu ek…

      yang terbaik pada kamu ada saja di luar sana…

      semuanya terletak di tangan kamu untuk menerima amanah yang akan dipertanggungjawabkan ke atas kamu di dunia dan di akhirat kelak

    2. betul tu bro. xpe bro..it’a ok..
      jay dulu pun hampir2 nak bertunang.pada tarikh 12.02.2012 nt.
      tp kuasa Allah s.w.t..pekara tu xjadi..
      mgkin ada yg lebih terbaik buat Jay yang telah Allah sediakan.^-^

    1. xpayah nak jatuh cinta pun zai…

      ayat nie semua ada tertulis dalam akad sumpah yang perlu si pengantin baca di depan pasangannya selepas selesai sesi akad nikah…

      kan nampak dlam pic, pengantin tengah baca sesuatu

Leave a Reply

Top