April 25, 2024

Santapan Sentuhan Rasa MyChef – Chef Florence

Seperti yang korang sedia maklum,

Dr. Ezani telah dinokbatkan menjadi juara MasterChef Malaysia yang pertama dan menutup tirai MasterChef musim pertama.

Tapi kali ini, bro bukan nak sembang mengenai MasterChef. Tetapi mengenai penajanya iaitu MyChef.

Baru-baru ini bro dijemput untuk menghadiri sesi food review aka santapan rasa bersama salah seorang duta product MyChef iaitu Chef Florence di The Tranquerah.

Untuk pengetahuan anda,

The Tranquerah terletak di Encorp Strand, Kota Damansara menyediakan masakan Baba Nyonya yang dijamin halal.

Sampai sahaja,

Bro telah disambut oleh wakil-wakil dari MyChef dan diberi sedikit penerangan mengenai product MyChef.

Sambil nak menunggu makanan siap di hidangkan.

Chef Florence meluangkan masa berkongsi resepi dan sentuhannya yang akan dihidangkan sebentar nanti sebagai santapan kami. Bukan blogger sahaja yang datang, media dan juga pengkritik makanan pun ada sama.

Hidangan pertama – Ayam Pongteh

Sambil ditemani “Butter Rice Pilaf”

Hidangan ke-2 – Semur Daging Betawi : Chef Ismail

Sepatutnya Chef Ismail ada sama menemani kami, cuma last minute dia batalkan atas sebab yang tidak dapat dielakan.

Ini pula aksi bro tengah menikmati hidangan yang disediakan.

Ada gaya macam pengkritik makanan x?

Ke masih nampak sama seperti wartawan yang meng“interview” Dr. Ezani

Hidangan ke-3 – Chicken Makhani : Chef Liza


Jom lihat bertapa meriahnya pinggan bro.

Simple tapi menyelerakan. Kali ini, bro cuba dengan nasi putih pula.


Dan hidangan terakhir yang mampu membuat bro lupa segala rasa hidangan yang bro rasa sebelum ini

Hidangan ke-4 – Ikan Gerang Assam : Chef Florence

Memang hidangan terbaik antara yang terbaik dihidangkan kepada bro.

Memang terasa nikmat. Sama seperti masakan sebenar walaupun kenyataannya produk MyChef adalah produk dibekukan. Perlu dipanaskan beberapa minit sebelum dihidangkan.

Siap dengan serai dan bunga kantan lagi tue. Kacang bendi pun ada sama. Memang menjadi favorite bro.

Sebagai pencuci mulut, Chef Florence belanja bro menikmati cendol istimewa dari The Tranquerah selepas penat bro buat video interview dengan beliau.

Bicara Bro : Dulu masa kecik-kecik, dalam adik beradik bro. Bro la yang paling rajin memasak dekat dapur.

Bila duduk asrama pula, bro la paling rajin guna dapur asrama untuk memasak.

Menyesal tak teruskan bakat yang sedia ada ini. Kalau tak, dah jadi chef dah bro.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

14 thoughts on “Santapan Sentuhan Rasa MyChef – Chef Florence

Leave a Reply to zuan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *