You are here
Home > Bersama BroFramestone > Fitrah Manusia Bersama BroFramestone > Padah Mencintai Isteri Orang Lain

17,432,383 total views, 48 views today

Padah Mencintai Isteri Orang Lain

Sekarang sudah menjadi trend bila isteri orang menjadi pilihan sesetengah lelaki.

Tidak kira lelaki bujang, duda mahupun yang sudah mempunyai keluarga.

Tertarik dengan beberapa kisah di akhbar hari ini,

Kes 1

Gara-gara dituduh mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang,

seorang ahli perniagaan menanggung azab apabila dia bukan saja dibelasah 18 lelaki, malah wang tunai serta kenderaan dinaiki turut dilarikan.

Mangsa dituduh mengadakan hubungan sulit dengan isteri seorang daripada mereka.


Gambar hiasan – jangan tiru aksi ini dirumah.
Kes 2

Akibat menjalin hubungan terlarang dengan isteri orang, seorang lelaki menerima padah apabila kedua-dua kaki dan tangannya hampir putus ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki dalam pergaduhan di depan rumah kekasih mangsa.

Mangsa yang berusia 30-an dan sudah berkahwin datang ke rumah kekasihnya itu untuk bersemuka dengan suami wanita berkenaan yang berusia 30-an bagi menjelaskan hubungannya dengan isteri lelaki terbabit.

Minta benda-benda macam ini dijauhkan.

Sebab itu, kadangkala bro tidak berani berurusan dengan isteri orang.

Tidak kisah secara berdepan mahupun di facebook. Silap hari bulan benda lain boleh terjadi. Walaupun nawaitu kita baik, tetapi orang lain tetap boleh menyalah tafsirkannya.

Bicara Bro : Padah juga mencintai suami orang,

Sehinggakan sanggup biarkan diri terseksa dalam masa yang sama cuba memecah belahkan hubungan suami isteri yang sah.

Awat tak minta cara baik jadi isteri ke-2, ke-3 atau ke-4. Mintak restu dari isteri pertama. Baru betul caranya he..23x

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

20 thoughts on “Padah Mencintai Isteri Orang Lain

    1. orang kata la kan.. isteri orang lagi menyelerakan….

      orang kata ek.. bukan bro kata…

      sebab itu antara janda dan anak dara… janda tetap menjadi pilihan…

      eh sempat lagi promote tagline “jangan pilih jalan hitam” ek

  1. memang beginilah manusia kalau hanya menurut kata hati dan nafsu..ish3…mintalah dijauhkan dari benda2 mcm ni.carilah yang betul2 belum berpunya kan lebih elok..:)

  2. teringatkata2 seseorang (wanita). “dont ever cheat to ur partner, kalau x suke cerai jelah. ” hehe, xtreme bunyinya, tp betul gak kan?

    1. He..23x tau xpe…

      Jangan cari pasal juga dengan lelaki yang tak boleh berfikir dengan waras.. xpasal-pasal je..

      bukan salah kamu pun, dah boleh jadi salah kamu tertibe

Leave a Reply

Top