Untuk maklumat semua,
Beberapa jalan di ibu negara dijangka sesak bermula pukul 7 pagi esok (9-1-2012).
Kesesakan itu dijangka berlaku berikutan perhimpunan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran keputusan Mahkamah Tinggi berhubung tuduhan kes liwat Ketua Pembangkang itu terhadap bekas pembantu peribadinya, Muhd Saiful Bukhari Azlan.
Mengikut maklumat yang diperolehi dari laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur. Mereka menyatakan jalan-jalan yang akan terlibat ialah:-
- Jalan Duta dari kedua-dua arah,
- Jalan Kuching,
- Bulatan Segambut,
- Jalan Khidmat Usaha,
- Jalan Ibadah,
- Jalan Dutamas,
- Jalan Persiaran Dutamas
- Jalan Hikmat Usaha.
Jalan-jalan berkenaan menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Bangunan Kompleks Kerajaan, Hentian Bas Jalan Duta, Masjid Wilayah dan sekitarnya.
Bicara Bro : Dengar cerita beberapa jalan utama di ibu kota akan diadakan road block bermula malam ini.
Pastikan anda tidak melalui jalan-jalan ini jika tidak mahu terlibat dalam kesesakan yang bakal dijangkakan berlaku
ramai lh yg ngamuk nk pegi kerja jln jam esok pagi. huhu…
Bro yang tak lalu jalan teu pagi nie pun dah ngamuk2 dah nie…
sok naik motor..boleh cilok tapi pastikan motor tu cukup syarat..
He..23x cadangan yang bagus tue…
huhu sok study :D
study jangan tak study
GOOD INFO.. HARAP XDE YG TERSANGKUT DLM JEM ESOK.
Kalau ada yang tersangkut, tak tahu nak cakap ape kan
agak2 sesak sampai mlm ke ni? nasib baik beli tiket flight petang.. huhuhu
Rasanya sampai tengahari kot…
Eh dah lama xnampak die datang komen blog bro.. rindu bangat sama die
hehe silent reader bro :p
Panas hatiiii aku. Nak gi kerja susah kerana kegilaan setan-setan liwat ni. Itu kes si Anwar dengan saiful. Yang jadi gila tu buat apa?..susah semua orang..polis pun satu dol..belum warta lagi perhimpunan aman dah kasi dia orang berhimpun buat apa? cheh!
slmt smonya :)