Untuk maklumat semua,

Beberapa jalan di ibu negara dijangka sesak bermula pukul 7 pagi esok (9-1-2012).

Kesesakan itu dijangka berlaku berikutan perhimpunan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran keputusan Mahkamah Tinggi berhubung tuduhan kes liwat Ketua Pembangkang itu terhadap bekas pembantu peribadinya, Muhd Saiful Bukhari Azlan.

Mengikut maklumat yang diperolehi dari laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur. Mereka menyatakan jalan-jalan yang akan terlibat ialah:-

  • Jalan Duta dari kedua-dua arah,
  • Jalan Kuching,
  • Bulatan Segambut,
  • Jalan Khidmat Usaha,
  • Jalan Ibadah,
  • Jalan Dutamas,
  • Jalan Persiaran Dutamas
  • Jalan Hikmat Usaha.

Jalan-jalan berkenaan menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Bangunan Kompleks Kerajaan, Hentian Bas Jalan Duta, Masjid Wilayah dan sekitarnya.

Bicara Bro : Dengar cerita beberapa jalan utama di ibu kota akan diadakan road block bermula malam ini.

Pastikan anda tidak melalui jalan-jalan ini jika tidak mahu terlibat dalam kesesakan yang bakal dijangkakan berlaku