April 25, 2024

Hobi Tahun Ini : Range Golf Di Hujung Minggu

Bro sendiri tak tahu, apa yang merasuk bro pada tahun ini.

Banyak benda yang bro nak cuba.

Dan 2 minggu lepas bro berperluang bermain golf dengan member-member bro.

Sambil main golf, boleh juga sembang-sembang hal business ataupun hal-hal kelelakian he..23x

{Bro lelaki apa, tak kan nak sembang pasal hal-hal perempuan]

So, meh bro kenalkan korang dengan coach bro


Ben Jeevan, salah seorang staf di Octove.com – Laman sosial Malaysia (jom daftar jika anda belum lagi mendaftar)

Start bermain golf sejak kecik.

Boleh dikatakan profesional golfer (if refer pada lesen golf dia – bro sendiri pun tak tahu apa benda tue, biasa la baru nak berjinak-jinak)

Jom layan basic tutorial yang bergambar

Aksi 1 : Tetapkan posiisi bola golf dan badan anda.

Pastikan anda selesa dengan posisi badan dan bukannya dalam keadaan tertekan.

Kalau tertekan, risau bola ke mana, batang golf ke mana ataupun patah.

Aksi 2 : Posisi menghayung,

Set dalam minda anda, bahawa anda tengah bermain golf dan bukannya menyabit rumput.

Pastikan orang sekeliling anda tidak terlibat sama dengan bila anda beraksi :p

Aksi 3 : Selepas pukul, tengok kemana bola golf itu pergi.

Adakah ke depan, atau ke belakang, atau paling teruknya – masih berada di kedudukan asal tanpa beranjak ;p

Jangan lupa, kayu golf anda masih lagi berada di tangan anda dan bukan di muka sape2.

Gambar terakhir,

Aksi blogger tak femes bermain golf ala-ala profesional.

Bak kata coach, gaya dah ada. Cuma tiada kayu golf sendiri je he..23x (demn u..!!!!)

Tunggu la bro kumpul duit dan beli satu set kelengkapan bermain golf. Tengok la nanti ek :)

Ada masa bro edit video bro bermain golf baru-baru ini. Cantik sungguh pukulan bro.

Bicara Bro : GOLF – Golongan Orang Lemah Fikiran (short form yang bro selalu gunakan semasa dibangku sekolah).

If tak tahu bermain golf, memang susah nak dapat project besar-besar.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

10 thoughts on “Hobi Tahun Ini : Range Golf Di Hujung Minggu

Leave a Reply to boni Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *