Alhamdulillah,

Selamat sudah si Obefiend (Effi Saharudin) diijab kabulkan menjadi suami yang sah kepada pasangannya, Nur Aminah Ahmad.

Bro sendiri tidak dapat nak menghadiri majlisnya atas beberapa sebab yang bro tidak dapat elakkan.

Hari ini bro mempunyai 3 event yang perlu bro hadiri. Dan di salah satu event yang bro hadiri, terdapat beberapa pihak sibuk bergosip tentang perkahwinan si Obe.

Dah selamat jadi suami orang, tak perlulah nak gosip-gosip lagi. Kalau nak gosip pasal bro, ok la juga.

DI sini, bro hanya dapat kongsikan satu pic sahaja (atas sebab-sebab tertentu).

Bro doakan yang terbaik buat mereka.

Bicara Bro : Jika sesuatu perkahwinan itu dapat mengelakkan dari berlakunya maksiat atau fitnah. Elok dipercepatkan.

Masih menanti tibanya masa untuk diri sendiri.