April 25, 2024

Fitrah Manusia : Bila Lelaki Sanggup Menjadi Perempuan

Bro baru sahaja menonton “Tanah kubur” di channel 106 Astro Oasis.

Kisah kali ini mengenai seorang lelaki yang sanggup mengutamakan naluri hatinya untuk menjadi seorang perempuan.

Walaupun ditentang oleh keluarganya, dia masih lagi bertegas untuk menjadi perempuan. Sehinggakan sanggup membuang alat kelamin dan mengubah fizikal tubuhnya menjadi seorang perempuan.

Berbagai permasalahan ketiga nak menguruskan jenazah beliau :-

  1. Pengurusan jenazah – menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat yang akan menguruskannya. (jika mereka sendiri tidak tahu jantina arwah)
  2. Masalah memandikan jenazah – walaupun tubuh badan sebiji macam perempuan, jenazah beliau tidak boleh dimandikan oleh kaum perempuan.
  3. Dada dan kemaluan jenazah berdarah dan mengeluarkan bau busuk.
  4. Ibubapanya sendiri tidak mengaku anaknya adalah lelaki (demi menjaga air muka keluarga)

Memang banyak pengajaran yang dapat kita hayati dan pelajari dari rancangan “Tanah Kubur”.

Moga cerita seperti ini dapat diteruskan dan memberi manfaat kepada semua.

Bicara Bro : Fitrah manusia memang suka mengikut naluri.

Kadangkala naluri tidak menghalalkan caranya. Ada akal fikiran, masing-masing boleh berfikir. Dalam setiap tindakan yang kita ambil jangan menolak ke tepi agama sebagai rujukan.

Didikan agama dari keluarga adalah yang terbaik dalam mendidik ahli keluarga.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

11 thoughts on “Fitrah Manusia : Bila Lelaki Sanggup Menjadi Perempuan

  1. itulah kan bro. cian dia kan? doakan yang luar sana juga insaf dengan cerita ni. naluri tu naluri juga, tapi naluri juga bisa menyongsang kan? sbaiknya adalah mengikut landas syarak. ;)

    1. Bro ada juga member yang terjerbak jadi cam nie.. xtau la dorang buang ke x..??

      tapi ada juga yang berkahwin…

      dah beranak pinak… lembut2 naluri dorang tue, power gak he..23x

Leave a Reply to ciktomyam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *