Seperti yang anda sedia maklum, malam tadi merupakan pentas terakhir MasterChef Malaysia.

Dr. Ezani Farhana berjaya menewaskan Wahidan Ag Supain dan bergelar juara MasterChef Malaysia yang pertama pada pertandingan akhir program MasterChef di Astro saluran 104.

Kemenangan Ezani melayakkan dirinya untuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro serta kontrak menerbitkan dan mengedarkan buku masakan sendiri.

Ezani telah memilih Ary Malik, Brian, Felix Azilah dan Imelda dari peserta ‘Top 24? yang telah tersingkir untuk membantu mereka menyediakan juadah yang perlu mereka siapkan dalam tempoh tiga jam.

Bicara Bro : Bro ada bertanya dengan Ezani, apa yang beliau akan lakukan dengan duit kemenangan beliau berjumlah RM100,000

Dan beliau menjawab “Ada something yang akan saya lakukan”. Apakah something tersebut tue wahai Ezani oiii…

Ke nak pinang bro, bro ok je :)