Bro baru terima berita dari rakan-rakan di facebook dan twitter.

Cuma pengumuman belum lagi dibuat di media masa atau elektronik secara besar-besaran.

Melalui maklumat yang bro terima dari twitter Aznil Hj Nawawi,

Izwan Pilus baru sahaya menghembus nafas terakhir beliau sekitar jam 6.15 petang tadi (20 Januari 2012).

Punca masih belum bro ketahui.

Begitu juga yang dinyatakan di twitter adik arwah, Aril AF7.

Moga arwah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.