You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > Siasat Dulu Latar Belakang Bakal Suami

17,446,737 total views, 5,948 views today

Siasat Dulu Latar Belakang Bakal Suami

Trend zaman sekarang,

Boleh dikatakan, kebanyakan wanita zaman sekarang kurang peka dengan latar belakang teman lelaki merangkap bakal suami.

Asalkan ada yang menyintai meraka. Itu sudah memadai.

Sampaikan kena sepak menerajang sampai bengkak-bengkak tubuh pun masih juga setia dengan lelaki itu.

Belum kes, sampai teman lelaki datang rumah, siap ugut mak bapak si perempuan itu.

Macam ini ke nak buat suami?

Bakal mak pak mertua pun tak respek, ini kan pula dah berkahwin. Confirm solat entah ke mana, tanggungjawab entah ke mana. Anak nanti pun entah ke mana.

Ini kah bukti cinta yang korang agung-agungkan?

Setiap manusia dilahirkan dengan akal yang dianugerahkan Allah bagi tujuan berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara.

Dan wanita diingatkan agar tidak mengambil jalan mudah mempercayai semua lelaki tanpa menyelidik latar belakang serta status mereka.

Ini semua untuk menentu masa depan anda. Buat apa mengejar kebahagiaan seketika, jika seumur hidup merana.



Bicara Bro : Baru-baru ini, ada kenalan wanita bro baru sahaja selamat dari ancaman bekas teman lelaki selepas membuat laporan polis.

Tindakan bekas teman lelakinya melampau dengan ugutan bunuh keluarga wanita tersebut + ceroboh asrama pelajar perempuan + membuat onar dalam kawasan kampus + mengancam kawan-kawan si perempuan tue.

Note pada lelaki : Kau ingat kau power sangat ke? Jika di sabitkan kesalahan, anda boleh didakwa atas kesalahan mengugut dengan niat mencederakan.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

5 thoughts on “Siasat Dulu Latar Belakang Bakal Suami

  1. kadang2 pelik jugak dengan orang perempuan.. dah jelas, nyata dan terang yang pasangannya dalam kategori ‘lelaki bermasalah’ masih lagi setia.. dan sanggup bertahan.. kalau sampai macam tu, tu bukan cinta namanya dah

  2. lol bro, jrng aku komen blog ko.. sbb xd ebnd nak cakap.. tapi footnote ko tu menarik betol! geram lak aku rasa! bangkai tol jantan camtu

    tu la awek2 nie diorang pk nak jantan hensem, yg popular camtu la.. kebdk2an.. org pilih la yg matang beriman, lembut dlm percakapan

    bodoh tol gurl zaman skrang!
    pk2 la sendiri kalau nak ada pasangan pown!

Leave a Reply

Top