April 19, 2024

Search Gegarkan Kuala Lumpur Selepas Pulau Pinang & Johor Bahru

Peewwwiiiitttt..!!!!

Tiba-tiba saja bro terasa beraura Amy Search.

Malangnya, tiada awek nak berteriah semasa bro asik ber”peewwwitttt” . Lain la macam Amy Search kan. Sekali dia “peewwwitttt”, penuh satu stadium.

Tak percaya?

Jom tengok beberapa konsert yang pernah dia dan juga juga kumpulan search buat baru-baru ini.

Konsert Fenomena 30 Tahun Search – Pulau Pinang

Konsert Fenomena 30 Tahun Search – Johor Bahru

Fuuhhh….!!!! Terbaik, penuh beb…!!! Ini la baru betul-betul peminat mereka selama 30 tahun mereka bertapak. Setiap persembahan pernuh dengan auranya.

Dan minggu ini, mereka akan mengadakan konsert lagi di area Kuala Lumpur.

Bagi mereka yang terlepas konsert di Pulau Pinang mahupun di Johor Bahru. Bro cadangkan, korang kosongkan jadual dan turun ke KL minggu ini.




Konsert mereka jatuh pada hari sabtu 17 Disember 2011. Bertempat di Mines Convention Center, Mines Resort City (Bukan di Padang Astaka, Petaling jaya tau. Lokasi dipindahkan atas sebab-sebab tertentu)

Tiket boleh di dapati di sini.
• TicketHotline (www.tickethotline.com.my/events/search30/)
• Stesyen Petronas Terpilih (www.tickethotline.com.my/outlets/petronas/)

Tiket hanya berharga RM69 dan dengan setiap pembelian tiket anda berpeluang mendapatkan T-shirt dan minuman percuma.

Anda juga berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah di mana hadiah utamanya adalah sebuah kereta Produa Viva + 2 GITAR ELEKTRIK Eksklusi.

Bro dah ada tiket untuk menonton konsert ini.

Ini baru betul-betul peminat Search. Tak macam korang, yang sampai hari ini tak nak pergi beli tiket.
Jika sudah beli, jumpa anda semua di sana.

Mana tahu kot-kot anda semua dapat menonton secara live bro diatas pentas dok Peewwwwiittt…!! Bersama Amy Search (angan-angan je ini – hope Amy baca blog bro ini)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

29 thoughts on “Search Gegarkan Kuala Lumpur Selepas Pulau Pinang & Johor Bahru

  1. Layan.. mesti ramai gila yang turun kali ni.. Yang pastinya konsert kt kl nanti mesti lagi gempaknya..

    Bro: kim slm kat abg amy search ya..huhu..

  2. Amy Search, Lagenda Rock Malaysia. Kalau tak der yang yang sahut pewwit dari Amy S tu maknanya bukan dia ler tu.

    By the way adalah tersalah ejaan kat atas + tertinggal huruf.

    Nak turun padang pun. Minggu ni busy dengan kenduri kendara semua. hu3 tak dapek den nak join.

Leave a Reply to GadisAyu Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *