Hari ini merupakan minggu ke-7 Maharaja Lawak Mega,
Dan minggu lepas kita melihat kumpulan 3G tersingkir walaupun selama ini berada di tangga teratas pada setiap minggu.
Memang sebelum ini Maharaja Lawak mampu menjadi sebuah rancangan yang berprofil tinggi.
Cuma untuk kali ini, Astro membawa Maharaja Lawak Mega di mana mereka mengumpulkan pelawak dari Singapura dan Indonesia untuk bertanding di atas satu pentas.
Tapi sedarkah anda,
Program Maharaja Lawak Mega mampu menjatuhkan reputasi seseorang pelawak yang berdekad-dekad membina nama dan kerjaya.
Mereka naik dengan identity mereka sendiri. Tetapi sekarang, identiti mereka perlu di tolak ke tepi semata-mata nak bawa lawak yang lebih segar.
Dalam masa yang sama ini membuat mereka tidak menjadi seperti mana diri mereka sebenarnya.
Jangan sampai ada pelawak lama kita yang gulung tikar selepas tamatnya rancangan Maharaja Lawak Mega.
Bicara Bro : Baru-baru ini, ada pengarah satu filem yang mengumpulkan 3 pelawak yang bagi bro memang power.
Tetapi, lawak mereka sorang pun tak menjadi dalam filem itu.
Apakah puncanya?
100% ikut lawak dalam skrip. Sekian, terimalah kenyataan.
paling nyampah tgk group yg ade ifa raziah
oh.. syok ek..
tapi last week dorang buat yang terbaik
syok lagi tengok ML yang ada sepah , jozan ngan nabil tu , tak pernah bosan doe .
Tau xpe… tue yang menambahkan sengat Maharaja Lawak
sokong tu bro…pelawak2 lama ni memang best tapi kalau kena ikut script mmg jadi tak best…
Dia best lawak yang dibuat-buat dari lawak mengikut skrip yg belum tentu lawak
yup..memang itu yang sebaiknya bro…sebab lawak ni bukan macam belakon…
akhirnya ada someone yg disagree psl MLM ni.. high 5 bro!!! sy memang 100% protest rancangn pertandingan yang mana menghimpunkn otai2 mcm ni, memang menjatuhkn maruah diorng..
lebih baik astro buat rancangan lawak yang menghimpunkn otai2 ni untuk melawak, bukan bertanding..
betul tu…
Tau xpe….
terseksa gak rasanya bila jadi cam nie…
kita bayar untuk tengok, sesuatu yang berkualiti… bukan sesuatu yang nampak tidak profesional cam nie..
bukan memalukan kita sahaja.. bahkan pelawak antarabangsa juga
patut ketengahkn bakat baru.. hmm
pelawak lama ada stail diorang sendiri.. tapi bila disuruh ikut tema/skrip lawak tu tak menjadi.. entah kenapa la agaknya kan.. hehe..
mungkin sebab feelnye lain kot…
cian pelawak lama..
tau xpe… hope periuk nasi mereka tidak musnah
mmg dr awl lg dh trfkr cm ni…tp x berani nk suarakn pndpt.. last2 bro pun brpendapat cm ni gak…huhu
Bro berani sebab bro bayar astro bulan-bulan tau…
hahaha..ok rumah sy xde astro…
nurul setuju ap yg bro cakap..
tp diaorang semua (pelawak) kena fikir risiko ni semua sebelum masuk maharaja lawak mega tu bro..
Entah la.. bro pun xtau risiko dan bahangnya macam nie…
Tapi bro aspect mereka boleh lakukan lebih dari ini
tak nah tgk pn maharaja lawak :( tak da astro huhu suka lawak2 dri org lama :)
saya pon tengok kat guatv punya channel jer… hihihi
tengok online pun boleh je
saya mmg dr awal lg rs kesian kt otai2 lama ni. mmg bley jatuh sekelip mata je bila buat standup lawak tp xjd
Tau xpe.. ada gak pelawak yang xnak masuk sebab tahu risikonya
hemm..dari satu segi. Ya. Tapi dari satu segi..menaikkan nama mereka semula. Mana tahu..ada pengarah filem nak ambil diorang semula selepas nampak lawak mereka? Yela..diorang ni semua bukannya ada yang kerja tetap. Dan diorang ni dibayar bila masuk maharaja lawak mega ni. Berapa? Kita tak tahu.
so far, tengok aje os dengan bon. Ada kita fikir pasal mereka? Diorang ni otai. Tapi jarang dah nampak kat filem-filem. Bila diorang muncul kat maharaja lawak mega nih..kita ingat balik kehebatan mereka. Bila kali terakhir korang nampak os dan bon berlakon dalam filem dan drama? Bon tu tu selalu gak. Os?
Begitu juga macam enot..siap ada hutang lagi. Sekurangnya benda ni dapat bagi pendedahan pada pengarah filem dan drama untuk hired diorang. Itu belum lagi yang lain-lain.
Tapi betul. contoh macam Jalil Hamid. Lawak dia memang dah kurang sesuai dengan orang sekarang yang suka lawak plastik dan lawak pantas. Lawak Jalil hamid nih jenis lambat panas. Begitu juga geng Pi Mai. Lawak diorang jenis slow..tapi mendalam maksudnya. Cuma bila masuk pertandingan, lawak mereka kurang menjadi. Nasib la ada sathia..
itu belum lagi yasin. Kita masih ingat yasin? Seingat aku, si apek dan astrolah yang sanggup ambil yasin berlakon dalam drama dan rancangan diorang. Sebelum ni..ada kita nampak dia berlakon kat mana-mana?
Ada banyak lagi point. Tapi sekurangnya kita tak pandang satu sudut aje. :)
btul tu bro..aku spendapat ngan ko ttg Osbon..bru nk tulis td,tgk2 dh ada org sama pendepat..huhu
Abon masih aktif dalam teater.. kalu peminat teater selalu akan tgk Abon. Os ada perniagaan sendiri.. Walaupon masih menyengat, tp konsep pertandingan tu menjadikan tahap lawak mereka jatuh. Aku sendiri berpendapat, dari mereka bertanding, baik Astro buat program @ cerita himpunan lawak dr geng otai ni. Kalu tgk crite dulu2, Abon lebih lawak lg kalu digandingkan dgn Ali Mamak..
tu namanya langit x selalu cerah
malam ni lawak apa diorang
masing2 dah serasi dengan pertandingan dah