You are here
Home > Rancangan > Maharaja Lawak Mega > Maharaja Lawak Mega Menjatuhkan Martabat Pelawak Otai

17,431,805 total views, 5,649 views today

Maharaja Lawak Mega Menjatuhkan Martabat Pelawak Otai

Hari ini merupakan minggu ke-7 Maharaja Lawak Mega,

Dan minggu lepas kita melihat kumpulan 3G tersingkir walaupun selama ini berada di tangga teratas pada setiap minggu.

Memang sebelum ini Maharaja Lawak mampu menjadi sebuah rancangan yang berprofil tinggi.

Cuma untuk kali ini, Astro membawa Maharaja Lawak Mega di mana mereka mengumpulkan pelawak dari Singapura dan Indonesia untuk bertanding di atas satu pentas.

Tapi sedarkah anda,

Program Maharaja Lawak Mega mampu menjatuhkan reputasi seseorang pelawak yang berdekad-dekad membina nama dan kerjaya.

Mereka naik dengan identity mereka sendiri. Tetapi sekarang, identiti mereka perlu di tolak ke tepi semata-mata nak bawa lawak yang lebih segar.

Dalam masa yang sama ini membuat mereka tidak menjadi seperti mana diri mereka sebenarnya.

Jangan sampai ada pelawak lama kita yang gulung tikar selepas tamatnya rancangan Maharaja Lawak Mega.

Bicara Bro : Baru-baru ini, ada pengarah satu filem yang mengumpulkan 3 pelawak yang bagi bro memang power.

Tetapi, lawak mereka sorang pun tak menjadi dalam filem itu.

Apakah puncanya?

100% ikut lawak dalam skrip. Sekian, terimalah kenyataan.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

31 thoughts on “Maharaja Lawak Mega Menjatuhkan Martabat Pelawak Otai

  1. akhirnya ada someone yg disagree psl MLM ni.. high 5 bro!!! sy memang 100% protest rancangn pertandingan yang mana menghimpunkn otai2 mcm ni, memang menjatuhkn maruah diorng..

    1. Tau xpe….

      terseksa gak rasanya bila jadi cam nie…

      kita bayar untuk tengok, sesuatu yang berkualiti… bukan sesuatu yang nampak tidak profesional cam nie..

      bukan memalukan kita sahaja.. bahkan pelawak antarabangsa juga

  2. hemm..dari satu segi. Ya. Tapi dari satu segi..menaikkan nama mereka semula. Mana tahu..ada pengarah filem nak ambil diorang semula selepas nampak lawak mereka? Yela..diorang ni semua bukannya ada yang kerja tetap. Dan diorang ni dibayar bila masuk maharaja lawak mega ni. Berapa? Kita tak tahu.

    so far, tengok aje os dengan bon. Ada kita fikir pasal mereka? Diorang ni otai. Tapi jarang dah nampak kat filem-filem. Bila diorang muncul kat maharaja lawak mega nih..kita ingat balik kehebatan mereka. Bila kali terakhir korang nampak os dan bon berlakon dalam filem dan drama? Bon tu tu selalu gak. Os?

    Begitu juga macam enot..siap ada hutang lagi. Sekurangnya benda ni dapat bagi pendedahan pada pengarah filem dan drama untuk hired diorang. Itu belum lagi yang lain-lain.

    Tapi betul. contoh macam Jalil Hamid. Lawak dia memang dah kurang sesuai dengan orang sekarang yang suka lawak plastik dan lawak pantas. Lawak Jalil hamid nih jenis lambat panas. Begitu juga geng Pi Mai. Lawak diorang jenis slow..tapi mendalam maksudnya. Cuma bila masuk pertandingan, lawak mereka kurang menjadi. Nasib la ada sathia..

    itu belum lagi yasin. Kita masih ingat yasin? Seingat aku, si apek dan astrolah yang sanggup ambil yasin berlakon dalam drama dan rancangan diorang. Sebelum ni..ada kita nampak dia berlakon kat mana-mana?

    Ada banyak lagi point. Tapi sekurangnya kita tak pandang satu sudut aje. 🙂

    1. Abon masih aktif dalam teater.. kalu peminat teater selalu akan tgk Abon. Os ada perniagaan sendiri.. Walaupon masih menyengat, tp konsep pertandingan tu menjadikan tahap lawak mereka jatuh. Aku sendiri berpendapat, dari mereka bertanding, baik Astro buat program @ cerita himpunan lawak dr geng otai ni. Kalu tgk crite dulu2, Abon lebih lawak lg kalu digandingkan dgn Ali Mamak..

Leave a Reply

Top