April 18, 2024

Kos Pengurusan Blog BroFramestone.com Berjumlah RM2,400 Setahun

Dalam beberapa hari ini,

Bro berurusan dengan beberapa syarikat hosting yang mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada bro.

Terutama dalam menampung kapasiti yang di tanggung oleh blog BroFramestone.com

Dari sebut harga yang mereka tawarkan, harga termurah yang mampu mereka tawarkan kepada bro (mengikut spesifikasi yang bro berikan) adalah RM 2,400 setahun (minimum).

Itu yang paling minimum.

Bro masih lagi memikirkan pakej yang sesuai bagi blog ini yang bukan menumpukan pada trafik, tetapi perkongsikan peribadi dari bro untuk dijadikan rujukan kepada mana-mana pihak yang pernah dan akan menjemput bro sebagai consultant bagi seminar, bengkel atau kursus.

Dalam masa yang sama,

Blog bro sudah mempunyai pembaca setia dari pihak-pihak yang berkepentingan di masa terdapat beberapa usahasama sedang bro uruskan.

Insya’lah jika apa yang bro lakukan sebagai blogger di blog ini dihargai. Bro mungkin akan ke Singapura dan juga Hong Kong tahun depan.

Jika di murahkan rezeki,

Bro akan usahakan dedicated server untuk host semua blog yang bro ada under projek syarikat bro sendiri.

Doakan bro di murahkan rezeki dan insya’lah bro akan menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan hati (bukan pilihan ramai – bro bukan retis)

Bicara Bro : Alexa bro makin jatuh dari masa ke semasa,

Jangan pula pintu rezeki bro dari blog juga jatuh dan tertutup. Sebab bro hidup dari pendapatan yang bro perolehi dari blog.

Sehinggakan bro sanggup berhenti dari bekerja dengan gomen atas sebab-sebab tertentu.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

11 thoughts on “Kos Pengurusan Blog BroFramestone.com Berjumlah RM2,400 Setahun

Leave a Reply to razis Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *