You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Hotshoes “Event Company” Pertama Di Malaysia Mendapat Malaysia Book of Records

17,444,223 total views, 3,434 views today

Hotshoes “Event Company” Pertama Di Malaysia Mendapat Malaysia Book of Records

Hotshoes “Event Company” Pertama Di Malaysia Mendapat Malaysia Book of Records

Masihkah anda semua ingat mengenai Volkswagen Das Auto 2011 iaitu pameran kenderaan dari Volkswagen di Bukit Jalil pada September 2011 yang lalu?

Pameran ini berjaya mendapat sambutan lebih dari 20 ribu pengunjung. Dimana mereka dibenarkan masuk secara berperingkat semata-mata untuk mengurangkan kesesakan di ruang pameran.

Ini dapat memberi kepuasan dan juga memudahkan pengunjung mendekati dan merasai aura Volkswagen itu sendiri.

Lokasi pameran di buat dalam bentuk trak 2-tier di dalam Columless Dome dimana konsep dan pembinaannya hanya berkolum berdiameter 42 x 21 meter. “Free blackout dome” dalam ruangan arena bulat untuk pemandangan 360 darjah dengan 300 kerusi disediakan.

Tahukah anda, siapakah yang tulang belakang di sebalik kejayaan pameran Volkswagen Das Auto 2011 ini?

Mereka adalah Hot Shoe Show & Company Sdn Bhd (HotShoes) yang merupakan salah satu agensi “Event Management” premier di Malaysia dimana mempunyai rangkaian perniagaan di Hong Kong dan Vietnam.

Sempena kejayaan mereka mengadakan Volkswagen Das Auto 2011, HotShoes telah dianugerahkan dari Malaysia Book of Records yang telah di adakan di One World Hotel, Damansara semalam.

Sebelum ini, mereka pernah menerima :-

  • BrandLaureate – SMEs Chapter Award 2009 under Corporate Branding for Best Brand in Services – Event Management in 2010.
  • Malaysian Book of Records by being the first independent event company to be certified by Lloyd’s Register Quality Assurance Malaysia under UKAS ISO 9001:2000
  • SGS Malaysia under DSM Accreditation for Occupational Health & Safety for Management System.

Tahniah buat mereka..!!!

Terima kasih kerana sudi menjemput bro ke majlis ini. Nice to meet u’ll.

Bicara Bro : Bukan senang nak buat syarikat independent yang mampu pergi jauh.

Bro pun mengharapkan apa yang bro lakukan sekarang mampu membawa bro pergi lebih jauh. Syarikat milik bro sendiri masih lagi setahun jagung.

Walaupun jagung boleh dituai beberapa kali dalam masa setahun.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

9 thoughts on “Hotshoes “Event Company” Pertama Di Malaysia Mendapat Malaysia Book of Records

  1. Hebat juga Hotshoes ni,ternyata semakin menyerlah setelah menerima anugerah dari Malaysia Books of Records.Semoga lebih banyak syarikat-syarikat yang menganjurkan event mencontohi HotShoes ini

  2. btol tu..bukan senang nk buat syarikat…ni pulak syarikat independent…tahniah hotshoes !! teruskan mengharumkan nama Malaysia… 🙂

    gudluck tuk syarikat bro jugak…hehe

  3. Terbaiklah Hotshoes..Congratulations..Lepas nie pasti menjadi idola semua “event company”..bukan senang nak berada di posisi dimana hotshoes berada sekarang..Dan untuk bro framestone, keep it up dan tak mustahil boleh jadi seperti Hotshoes nie jugak..Go! go! go bro framestone..Hoho

Leave a Reply

Top