You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > Fizo Omar Hutang RM 2.5 Juta Di Tipu Kenalan

17,417,200 total views, 5,595 views today

Fizo Omar Hutang RM 2.5 Juta Di Tipu Kenalan

Berhati-hati bila menjadi penjamin pinjaman bank.

Itu yang telah terjadi kepada Fizo Omar apabila tiba-tiba terpaksa menjadi penjamin hutang lebih RM2.5 juta sedangkan dia tidak tahu apa-apa.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, hanya mengetahui mengenai pinjaman itu selepas dihubungi pihak bank yang memaklumkan tunggakan bayaran oleh peminjamnya.

Beliau sebelum ini pernah menjadi penjamin bagi pinjaman bank yang dibuat sebuah syarikat di Damansara. Beliau dilantik menjadi ahli lembaga pengarah sebuah syarikat yang dikendalikan seorang kenalan pada tahun 2008.

Beliau keluar daripada syarikat itu pada hujung tahun sama kerana mahu menumpukan karier sebagai pelakon sehingga saya mengetahui bank menghantar notis tahun lalu kerana kegagalan menjelaskan pinjaman.

Bicara Bro : Ramai juga yang mintak bro jadi penjamin untuk pinjaman mereka. Tetapi bro menolaknya secara baik. Tapi sorang-sorang tarik muka pada bro [gaya macam nak putus kawan pun ada]

Bukan bro tak nak jadi penjamin. Cuma, bro sendiri pun tak mampu nak buat pinjaman.

Bro tiada gaji tetap, hanya sekadar kais pagi, makan lagi 3 bulan. Gini la hidup seorang blogger.

Cukup la dengan pinjaman PTPTN je, tak nak dah buat pinjaman lagi.

Note : Jauhkan niat nak pinjam duit dengan Ah Long. Dan jauhkan orang yang nak pinjam duit dari anak sulung (along) seperti aku.

Ebook – Bagaimana Mamat Ini Bayar Hutang RM1.8 Juta Dalam Tempoh 1 Tahun.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

11 thoughts on “Fizo Omar Hutang RM 2.5 Juta Di Tipu Kenalan

    1. Lagi satu la kan.. bank tak pernah nak menyenangkan orang… makin lama makin menambahkan hutang tanpa kita sedar..

      Walaupun % namapk kecik…

      Silap hari bulan, semua harta benda di istiharkan sebagai milik bank

  1. Janganla sekali-kali jadi penjamin. Dah ramai yang terkena. Orang pertama yang bank cari bila hutang tak dijelaskan ialah penjamin, bukan peminjam.
    Keupayaan membayar balik adalah lebih tinggi dipihak penjamin berbanding peminjam (sebab tu dia diterima jadi penjamin)

Leave a Reply

Top