You are here
Home > Bersama BroFramestone > Fitrah Manusia Bersama BroFramestone > [Fitrah Manusia] Fitnah Di Alam Maya

17,641,877 total views, 3,010 views today

[Fitrah Manusia] Fitnah Di Alam Maya

Topik yang menarik untuk bro kongsikan hari ini.

Kebanyakan info bro perolehi dari perbincangan di Malaysia Hari Ini mengenai isu “fitnah di alam maya” bersama Datuk Haaziq Pillay, peguam.

Bro perasan,

Bukan bro sahaja. Korang juga mungkin perasan.

Kadangkala kita tersebar fitnah tanpa kita sengaja ini di alam maya. Sama ada di blog, facebook atau twitter.

Di blog, ramai yang suka menyebar fitnah semata-mata nak dapatkan trafik dan mengejar SEO. Bila post tersebut mendapat hit yang tinggi. Maka ramai yang akan kongsikan.

Begitu juga di laman facebook atau twitter. Mana-mana status yang berbau fitnah, pasti ada yang akan kongsikan dengan menekan button like, share ataupun retweet.

Di laman facebook dan juga twitter banyak menjadi jadi peralatan yang menjatuhkan ahli politik, artis dan juga orang biasa. Sesiapa juga boleh menjadi mangsa. Mungkin kawan anda, teman sekerja mahupun keluarga anda.

Dan semua benda ini pasti ada yang akan kongsikan di laman-laman lain terutama di laman forum dan ianya terus menjadi perbualan sehinggakan menimbulkan perspektif yang negatif kepada mangsa.

Jika anda didapati bersalah, anda boleh dikenakan tindakan undang-undang. Jangan jadikan isu “freedom of speech” sebagai alat untuk menyelamatkan diri anda sekiranya anda tidak memikirkan kesannya terhadap orang lain.

Mungkin anda sendiri tidak sedar kesan yang akan terjadi kepada mangsa. Mungkin perkara ini yang akan terjadi dari tindakan anda :-

  • Perpecahan keluarga dan juga masyarakat
  • Mangsa dipulau
  • Mendapat ugutan bunuh atau diapa-apakan
  • etc

Walaupun niat anda hanya untuk menegakkan kebenaran dan tidak berniat jahat. Tetapi perspektif orang lain mungkin menganggap ianya sebaliknya.

Orang yang menyebarkan juga boleh didakwa. Walaupun anda bukan yang memulakannya

Bicara Bro : Fikir dulu, sebelum share (source : fikir dulu, sebelum buang)

Kerana sekali share, habis masa depan mangsa (source : kerana nila setitik, habis susu sebelangga)

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

12 thoughts on “[Fitrah Manusia] Fitnah Di Alam Maya

    1. itu pun kenkadang terfitnah diri sendiri… bagi kita mungkin tiada apa-apa..

      Tapi if pembaca dah fikir lain.. mulalah menjadi fitnah..

      bubuh pic yang dedah sane sikit sini sikit pun dah mampu jadi fitnah pada diri sendiri

Leave a Reply

Top