Tarikh 11.11.11 menjadi pilihan ibu bapa yang mahu anak mereka dilahirkan pada tarikh tersebut.
Bukan sahaja bayi, bahkan ada juga yang ingin mendirikan rumah tangga pada tarikh tersebut.
Pusat Perubatan Prince Court telah menerima pendaftaran seramai 17 ibu bapa dari pelbagai bangsa di hospital itu untuk melahirkan bayi mereka pada tarikh istimewa tersebut.
Daripada 17 ibu bapa yang mendaftar, 11 daripadanya akan melahirkan bayi secara pembedahan.
Kelahiran bayi 11.11.11 tersebut akan disambut meriah oleh pihak hospital.
Bayi yang lahir pada tarikh tersebut akan diserahkan buku akaun simpanan Maybank dengan deposit sebanyak RM50.
Bayi yang bertuah itu juga akan diberikan buah tangan sebagai tanda memperingati tarikh istimewa itu.
Bicara Bro : Untunglah si dia bernikah pada 11.11.11.
Dan malam tadi bro berbincang dengan family, apa kata bernikah 11.11.11 nie. Ingat nikah ekspress ke?
Tak apa, boleh di usahakan untuk 12.12.12.
12.12.12 tu lama sangat bro..hehe..skrg ni semua nak tarikh cantik…takpa, yang penting rupa cantik jadi la..hehe :)
12.12.12 tue tarikh nk produce anak la.. he..23x
masih sempat lagi nak buat nie.. 9 bulan lebih je
woah2.. kalu btul2 boleh dapat lahir anak pertama 12.12.12. mmg epic woo.. hehe..
memacam ragam…hurm…
Dunia… semua nak yang uniq-uniq
xkn tahun dpn kot br nk nikah, bro? cptkan sket. usia dah nak asar ni. nnt dah maghrib ssh plak. hehe
Tunggu masuk waktu berbuka la…
baru terbuka pintu hati nie
12.12.12 setahun lg tu =)
boleh tunggu lagi…
nak amik tarikh 12.12.12 gak ke..??
hohoho…mmg nombor tu cantik..
*sy lak tunggu tarikh 06.06.12 kot2 boleh diabadikan sbg tarikh istimewa selain yg sedia ada.. ngehehehehehe
tak kisahlah bro bila tarikhnya.. aku doakan bro bahagia dan cepat bertemu jodoh
11.11.11..ada akak kat tempat aku keje siap request tarikh tu ngan doktor.geleng kepala doktor..=p
Doktor geleng kenapa ek..??
wah…tarikh dah pilih dah ke bro?ok jugak tu 12.12.12. bulan 12 tu aku tengah cuti.boleh aku datang.tu pun kalau bro jemput la :P
Tak pilih tarikh lagi..
Insya’lah aki jemput semua pembaca blog ini dan juga rakan-rakan yang mengenali diriku…
Dengan ucapan,
“Datang tue, hulur la hadiah besar2 sikit”
Nurse dekat labour room pakat keje malam 10/11/11 sebab dapat cuti esoknye~~ sah ramai yg buat2 nak kuar~~
Charge pun lebih juga nie…
Yang nak bedah tu tak boleh belah..
12/12/12. Cantik tarikh tu bro. hehe