You are here
Home > Bersama BroFramestone > Fitrah Manusia Bersama BroFramestone > Untungnya Jadi Bayi & Suami Isteri 11.11.11

17,426,831 total views, 675 views today

Untungnya Jadi Bayi & Suami Isteri 11.11.11

Tarikh 11.11.11 menjadi pilihan ibu bapa yang mahu anak mereka dilahirkan pada tarikh tersebut.

Bukan sahaja bayi, bahkan ada juga yang ingin mendirikan rumah tangga pada tarikh tersebut.

Pusat Perubatan Prince Court telah menerima pendaftaran seramai 17 ibu bapa dari pelbagai bangsa di hospital itu untuk melahirkan bayi mereka pada tarikh istimewa tersebut.

Daripada 17 ibu bapa yang mendaftar, 11 daripadanya akan melahirkan bayi secara pembedahan.

Kelahiran bayi 11.11.11 tersebut akan disambut meriah oleh pihak hospital.

Bayi yang lahir pada tarikh tersebut akan diserahkan buku akaun simpanan Maybank dengan deposit sebanyak RM50.

Bayi yang bertuah itu juga akan diberikan buah tangan sebagai tanda memperingati tarikh istimewa itu.

Bicara Bro : Untunglah si dia bernikah pada 11.11.11.

Dan malam tadi bro berbincang dengan family, apa kata bernikah 11.11.11 nie. Ingat nikah ekspress ke?

Tak apa, boleh di usahakan untuk 12.12.12.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

19 thoughts on “Untungnya Jadi Bayi & Suami Isteri 11.11.11

    1. Tak pilih tarikh lagi..

      Insya’lah aki jemput semua pembaca blog ini dan juga rakan-rakan yang mengenali diriku…

      Dengan ucapan,

      “Datang tue, hulur la hadiah besar2 sikit”

Leave a Reply

Top