You are here
Home > 1001 Pictures > Trajedi Korban – Kehidupan Terakhir Seekor Lembu

17,440,787 total views, 4,642 views today

Trajedi Korban – Kehidupan Terakhir Seekor Lembu

Trajedi Lembu Korban – Kehidupan Terakhir Seekor Lembu

Salam AidilAdha buat semua.

Bagaimana dengan sambutan hari raya aidiladha di tempat anda?

Dah mula start ibadah Qurban atau belum?

Jom layan coretan terakhirku seekor lembu.


Hari yang dinanti-nantikan akhirnya tiba.

Dari malam tadi takbir raya tidak berhenti berkumandang.

Begitu juga dengan jantungku, tak berhenti-henti dup dap dup dap. Selamat aku tiada sakit jantung. Kalau tak, dah arwah dah kot.


Apa tengok-tengok…??

Tak puas hati ek? Ke nak tengok saat-saat terakhir aku?


Terlentang aku,

Saat aku makin tiba… Dup Dap Dup Dap

Sesak nafasku diperlakukan begini. Aku tahu niat mereka. Tetapi aku macam belum bersedia lagi.

Takut…!!! Aku virgin lagi ini. Nak gak ada zuriat.


Mengucap aku seketika.

Ketika 2 urat ku dipotong serentak.

Ini gambar real.. Buat edit atau di photoshopkan.

memercik-mercik darah aku…


Aksi penuh tragik.,

Lagi-lagi pakcik yang pegang golok tue.

Kalau Yusuf Haslam nampak, sure dah amik dia berkerja.

Begitu la kisah ku di Pagi AidilAdha terakhir buat diriku.

Pada yang membaca kisahku ini. Pasanglah niat anda untuk sedekah sedikit harta anda dalam bentuk Qurban. Sebahagian pun tak apa, ianya satu ibadah yang mulia dalam masa yang sama dapat mengeratkan hubungan sesama umat islam.

Bicara Bro : Kredit semua picture buat Sabhi Alif yang bro curi dari facebooknya

Insya’lah bro ada berniat nak sedekah sebagaian untuk Qurban akan datang. Tertarik juga dengan pakej eQurban dari Denai Hati.

Ada tak sesiapa sedar sesuatu yang pelik dalam gambar lembu yang bro tempek dalam entry ini. Buat Sabhi, jangan cakap apa-apa if mu tersedar.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

18 thoughts on “Trajedi Korban – Kehidupan Terakhir Seekor Lembu

Leave a Reply

Top