You are here
Home > Tazkirah bersama BroFramestone > [Tazkirah] Hidup Kita Di Dunia Hanya Sementara

17,682,294 total views, 3,421 views today

[Tazkirah] Hidup Kita Di Dunia Hanya Sementara

Hidup kita di dunia hanya sementara.

Tiada yang kekal lama.

Kehidupan yang sementara ini diberikan olehNya untuk kita menjalankan tanggungjawab seperti mana yang diamanahkan olehNya.

Dalam masa yang sama, kita hendaklah memperhambakan diri kepadaNya dengan menunaikan ibadat kepadaNya.

Tetapi berapa ramai yang menggunakan kehidupan ini dengan suatu yang berfaedah?

Adakah perlu anda mengetahui baki kehidupan, baru anda akan mula menghargai baki kehidupan yang anda masih miliki?

Bagaimana pula bila hidup anda di singkatkan kepada 25 tahun?

Itu yang diperkatakan dalam filem – In Time

Bicara Bro : Bro sendiri pun tak rasa boleh hidup lama. Lagi-lagi dengan penyakit yang bro ada ini.

Walaupun bro berpantang itu ini. Belum lagi menjamin apa-apa.

Maka, bro nak gunakan baki kehidupan untuk sesuatu yang berfaedah. Bro tak suka cari musuh, bertelagah sesama orang etc.

Bro takut, tak sempat nak meminta maaf

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

13 thoughts on “[Tazkirah] Hidup Kita Di Dunia Hanya Sementara

    1. Kalau kena cancer tapi masih mampu untuk buat benda-benda yang terakhir yang boleh kita buat, itu ok lagi…

      Bayangkan kalau dah tahap kritikal. Nak gerak tak boleh, makan tak boleh…

      Macam mana la tue kan

  1. kalau hidup tak panjang di sebabkan penyakit, masih ada nak beramal dan meminta maaf semua tu. tapi kalau kemalangan dan terus dicabut nyawa, peluang tu memang takde la….

    p/s:-
    Nak mintak maaf gak kt Bro kalo sy ade salah silap terkasar bahasa selama ni. nak raya dah ni hehe 🙂

Leave a Reply

Top