April 23, 2024

Tak Perlu Berlagak Alim Di Facebook

Tak perlu berlagak alim di facebook.

Dengan menjatuhkan hukum keatas kesalahan orang lain.

Macamlah dia sendiri tidak pernah membuat dosa. Sedangkan semua manusia mengakukan kesalahan. Allah swt lebih berhak menjatuhkan hukuman kepada hamba-hambaNya.

Anda pula?

Cukup sekadar membantu mereka membaiki kesalahan mereka dan menunjuk jalan untuk bertaubat.

Bukan dengan menghentam dan mengajukan kata-kata kesat kepada mereka. Adakah kata-kata kesat anda itu dikira sebagai pahala?

Ianya tetap juga dikira sebagai dosa. Walaupun tak sebesar mana pun kan.

Lagi satu,

Bro hormati mereka-mereka yang suka memberi nasihat dan ayat-ayat berbentuk keagamaan di facebook. Dan ramai yang like dan berkongsikannya.

Asalkan anda tidak digelar sebagai Munafik – Mereka yang berpura-pura.

Bicara Bro : Pagi tadi terbaca di akhbar, mengenai 3 orang yang berserban dan berjubah tersesat selepas memuja kubur keramat.

Bagi mereka yang munafik.

Sepandai mana anda berpura-pura depan manusia, hanya anda dengan Allah swt yang tahu. Fikir-fikirkan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

9 thoughts on “Tak Perlu Berlagak Alim Di Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *