You are here
Home > Uncategorized > Statistik Anak Luar Nikah

17,284,664 total views, 335 views today

Statistik Anak Luar Nikah


Statistik Anak Luar Nikah

Seramai 152,182 anak luar nikah atau tak sah taraf direkodkan bagi 2008 hingga 2010 menurut statistik daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) .

Dan Sabah merekod kelahiran anak tak sah taraf paling tinggi dengan 41,490 orang.

Antara negeri lain yang juga mencatat kelahiran anak tak sah taraf tinggi iaitu:-
– Selangor (18,983 orang)
– Sarawak (17,570 orang)
– Johor (16,298 orang)
– Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (12,095 orang).

Kajian pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati terdapat pelbagai sebab berlakunya kelahiran anak luar nikah.

Antara punca terjadinya gejala ini adalah:-
– Pengaruh rakan sebaya
– Rela melakukan hubungan seks
– Tidak mempunyai pengetahuan berhubung kesihatan reproduktif dan seksual
– Kurang perhatian ibu bapa
– Menonton video dan laman web lucah
– Kurang didikan agama
– Perasaan ingin mencuba
– Diperkosa saudara sendiri.

Semua pihak perlu memainkan peranan untuk bekerjasama dengan media mengadakan kempen bagi memberi kesedaran kepada masyarakat, termasuk kepada pelajar institusi pengajian bagi menangani kelahiran anak luar nikah.

Bicara Bro : Statistik ini masih belum lengkap, kerana ianya belum termasuk kes sembunyikan kelahiran, kes gugurkan kandungan, kes kahwin untuk cover malu keluarga.

Siapalah yang berani nak maklumkan pada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) jika mendapat anak luar nikah?

Bro perasan dalam list tiada negeri pantai timur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

15 thoughts on “Statistik Anak Luar Nikah

Leave a Reply

Top