You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Setitis Hidayah Buat Hijrahku

17,437,116 total views, 971 views today

Setitis Hidayah Buat Hijrahku

Malam ini,

Sempat juga bro melayan drama sempena Maal Hijrah tahun ini iaitu Setitis Hidayah.

Banyak pengisian yang bro terima dari impak drama ini. Dan ada sesetengah daripadanya ada kaitan dengan hidup bro sebelum ini.

Sipnosis :-

Ianya mengisahkan Pak Hamid mempunyai kemahiran membina dan membaiki rumah-rumah kampung. Walaupun Pak Hamid sangat mahir, rumahnya sendiri tidaklah sempurna dan dia tinggal bersama isteri, Mak Ton dan anak bongsunya, Samad.

Pak Hamid masih ada sifat rasa tak berpuas hati dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada orang yang lebih bernasib baik darinya.

Pak Hamid telah dipengaruhi oleh Othman yang kononnya mahu menolongnya mengusahakan perniagaan berasakan industri kampung di tanah milik Pak Hamid.

Pada masa yang sama, ketua kampung juga meminta Pak Hamid membina sebuah rumah batu baru. Namun Pak Hamid mula rasa malas. Setelah dipujuk, akhirnya Pak Hamid mengalah seterusnya rumah tersebut dibina secara sambil lewa.

Akhirnya Pak Hamid baru sedar bahawa selama ini dia ditipu oleh Othman dan tanah yang dia duduki bertukar tangan dimana rumahnya dirobohkan.

Atas belas kasihan penduduk kampung. Rumah yang sebelum ini dibina oleh Pak Hamid diserahkan kepadanya.

Tapi malang menimpa apabila rumah batu yang dibinanya secara sambil lewa meragut nyawa anak bongsunya, Samad.

Lagu tema drama Setitis Hidayah : Pasha Ungu feat Rossa – Ku Pinang Kau dengan Bismillah

Tuhan memberikan ku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
dia anugerahkan aku kekasih
Hanya untuk berkasih bersama

Atas restu Allah ku ingin memilikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir bagimu
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku Pinang Kau Dengan Bismillah

Hampa terasa bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu

Atas restu Allah, ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Atas Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Atas restu Allah, ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu

Bicara Bro : Kadangkala kita sendiri tidak bersyukur dengan apa yang kita miliki sehingga kita kehilangannya.

Jangan bangga dengan apa yang telah kita miliki, kerana ianya hanya dipinjamkan kepada kita di dunia ini.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

2 thoughts on “Setitis Hidayah Buat Hijrahku

Leave a Reply

Top