Pesanan buat remaja yang masih lagi bersekolah.

Jangan sesekali menagih janji manis dari teman lelaki anda. Lagi-lagi jika mereka pun masih muda. Mentah dalam memikul tanggungjawab dan mampu berfikiran matang.

Bro tertarik dengan salah satu artikel dalam akhbar.

Dimana pelajar berumur 16 tahun sanggup tinggal bersama kerana terpedaya dengan janji manis teman lelakinya yang mahu bertanggungjawab dan berkahwin dengannya.

Namun, janji eman lelakinya pula berumur 17 tahun tidak ditunaikan. Malah dipaksa menggugurkan kandungan.

Beliau bersekongkol dengan ibunya dengan mengurung teman wanitanya dalam bilik rumah mereka sebelum memaksa mangsa menggugurkan kandungan berusia dua bulan hasil hubungan sulit dengan beliau.

Bicara Bro : Fikiran remaja perempuan zaman sekarang amat mudah, susah nak berfikir panjang.

Dan remaja lelaki zaman sekarang memang suka mengambil kesempatan walaupun diri masih lagi di tanggung oleh keluarga.

Akhir sekali, remaja zaman sekarang memang mudah hanyut dengan dunia mereka tanpa berfikir panjang.