April 25, 2024

MyChef – Membawa Hidangan Selebriti Chef Terus Ke Rumah Anda


Baru-baru ini bro dijemput ke sidang media dan perlancaran produk MyChef di Tapis Rounge, Red Carpet Avenue, Encorp Strand, Kota Damansara.

MyChef merupakan salah satu penaja rasmi MasterChef Malaysia yang sedang ditayangkan di Astro.

Majlis ini bertujuan untuk mempromosikan produk MyChef yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Ianya merupakan salah satu inovasi produk halal dan sihat dimana ianya hidangan yang telah sedia untuk dihidang. Hanya perlu dipanaskan sahaja.

Di majlis ini,

MyChef telah memperkenalkan duta mereka iaitu
– Chef Zam
– Chef liza
– Chef Florence
– Chef Ismail
Disamping resepi yang sedia dihidangkan terus di rumah anda.

Antara orang-orang penting yang hadir.

Aksi Chef Selebriti bersama produk resepi mereka masing-masing.

Dan produk ini datang dari resepi mereka sendiri dimana ianya memenuhi ciri-ciri masakan tempatan dan mudah diterima oleh semua peringkat umur.

Dalam masa yang sama MyChef akan mengadakan kontest yang akan berlangsung di facebook fan mereka.

MyChef, myExpression Contest

Anda hanya perlu membeli mana-mana produk MyChef dan kemudian like fan page MyChef.

Anda perlu muat naik gambar hidangan MyChef anda yang kreatif ke laman fan page MyChef pada 23 November hingga 17 Disember 2011.

Undian akan bermula pada 18 Disember 2011 sehingga 19 January 2012

Pemenang akan di umumkan di fan page MyChef pada 31 Januari 2012.

Hadiah utama akan menerima produk MyChef selama 6 bulan dan salah seorang chef selebriti akan datang dan memasak di rumah mereka khas untuk 20 orang tetamu mereka.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman facebook page MyChef

Hidangan MyChef yang sempat bro nikmati.


Bagi bro,

Masakan ala chef yang anda sendiri mampu hidangkan di rumah dengan hanya perlu memanasnya dalam masa beberapa minit.

Mudah bukan.

Ini merupakan pemberian istimewa dari pihak MyChef kepada bro

Dan terima kasih bro ucapkan kepada pihak MyChef kerana sudi menjemput bro ke majlis mereka. Diharap di masa akan datang MyChef sudi menjemput bro lagi.

Gambar kenang-kenangan bersama dengan Bekas MasterChef Blogger 2011.

Bicara Bro : Dah lama bro tak masuk dapur memasak.

Bukan memanaskan masakan tau, tetapi memasak. Teringin nak buat resepi sendiri. Mana la tahu kot-kot boleh jadi selebriti chef.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “MyChef – Membawa Hidangan Selebriti Chef Terus Ke Rumah Anda

Leave a Reply to zuan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *