April 18, 2024

Misteri Jalan Lama

Misteri jalan lama.

Menanti anda di pawangam berhampiran anda pada 24 November ini. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.

Terutama bila melalui jalan lama.

Jom layan trailer dulu.

Peristiwa sebalik tabir Misteri Jalan Lama [Versi Bro Framestone]

Akibat frust menonggeng yang keterlampauan terhadap pihak yang menguruskan press conference dan juga movie screening.

Bro memandu dan memandu, sehinggakan tidak tahu di mana bro berada.

Kanan hutan, kiri pun hutan.

Semuanya gara-gara dia dia dia dan mereka. Tiada kekosongan la, pass untuk media limited la.

Heiiii…!!! Korang tahu ke aku nie siapa? Aku ini bro framestone.

Aku sedar aku bukan sesiapa, sekurang-kurangnya bagi la respon yang ok semasa aku call ataupun email pada pihak korang.


Jangan sampai filem sekali dengan panggung meletup.

Ikutkan hati, nak je ikut advice Rotikaya.com [di rahsiakan atas sebab-sebab tertentu]

Sipnosis Misteri Jalan Lama

Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang.

Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar.

Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada Ah Long. Hidupnya kini diburu gangster.

Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.

Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang, kerana Ilya tidak tahu memandu.

Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster. Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.

Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut.

Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan. Apakah akan terjadi mereka berdua ? siapakah sebenarnya mereka ? Apakah yang terdapat di jalan lama tersebut ?

Bicara Bro : Tak sabar nak menontonnya di pawagam.

Lagi-lagi karya dari Afdlin Shauki.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

13 thoughts on “Misteri Jalan Lama

Leave a Reply to Hazmin Hamudin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *