You are here
Home > Bersama BroFramestone > Fitrah Manusia Bersama BroFramestone > Jangan Kerana Cinta, Hidup Anda Terseksa

17,691,030 total views, 4,756 views today

Jangan Kerana Cinta, Hidup Anda Terseksa

Jangan kerana cinta, masa depan dan hidup anda terseksa.

Bila ditanya, jawapannya kerana sayang.

Sayang yang bagaimana?

Adakah kerana dia sorang sahaja yang boleh terima anda?

Adakah kerana dia la lelaki idaman malaya, dan anda tak nak dia pergi pada perempuan lain?

Adakah dia sahaja yang ada anda untuk anda bergantung hidup?

Atau adakah anda sendiri dah ehem ehem dengan dia?

Entry ini tidak bermaksud nak memalukan sesiapa. Bro tujukan khas buat kaum hawa dan juga peringatan buat kaum adam yang berlakon macam malaikat.

Macam la dia baik sangat [kecuali kalau dia baik sangat la kan]

Kisahnya bermula begini

Ada sorang perempuan ini. Bro kenal, dan bro jaga dia elok-elok [bukan kes sugar daddy ke apa kan]

Bro ada nasihat dia mengenai bf dia yang panas baran. Control dia ke mana pergi, tak boleh buat itu ini.

Sedangkan bf dia, kantoi gak keluar dengan perempuan lain. Kalau kawan-kawan tak apa la juga. Ini dah lebih-lebih.

Nak dijadikan cerita, bf dia ini ugut nak apa-apakan dia jika minta putus. Siap ugut nak bunuh dia lagi.

Apa cerita nie. Ingat cerita hindustan ke? Ke terpengaruh dengan budaya luar yang jelas nampak macam manusia tiada pedoman dan iman.

Ini ke yang layak di buat suami?

Family dah minta si perempuan ini berhati-hati dan dia memang perlu report kepada pihak polis jika terasa diri terancam.

Selamat dia cerita dekat family, bagaimana sebenarnya perangai si lelaki ini.

Amaran keras kepada lelaki : Jangan guna kekerasan pada perempuan walaupun mereka awek korang. Awek je baru, bukan isteri.

Ape hak anda nak tampar or ugut bunuh jika mereka menolak cinta korang. Nampak sangat korang memang loser dan layak untuk tidak dicintai.

Sebab apa bro cakap begitu?

Sebab korang sendiri pun macam orang tiada imam. Macam orang tiada agama, macam orang tiada matang dalam berfikir. Cinta seeloknya di hiasi dengan perkahwinan.

Perkahwinan bukan setakat memiliki hati dan tubuh dia sahaja. Tetapi termasuk “amanat” dan juga “tanggungjawab” di mana ianya akan di tanya di akhirat kelak.

Lagi-lagi kalau spender korang pun mak bapak sponsor. Jangan la berlagak kurang ajar dengan anak orang.

Bicara Bro : Dalam hidup bro pernah juga kena ugut oleh seseorang.

Apa-apa pun dia silap ugut orang. Sampai la nie, tak berani nak cari pasal dengan bro dan menghilangkan diri.

Sama ada sebab malu atau temberang dia dah pecah. Itu urusan dia dengan Allah swt.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

26 thoughts on “Jangan Kerana Cinta, Hidup Anda Terseksa

  1. haaaa ni yang seronok nak komen ni..
    ermm saya perempuan juga, tapi saya taknak jadi macam ni, sanggup terima je kalau ada bf macam ni..
    kalau masa bercinta dah kemain ganas, dah kawen nanti memang jadi kes macam kat atas ni..
    mintak sangat2 dijauhkan..
    bagi saya, berpada-pada sayang kat orang tu, takut nanti memakan diri..
    Ada je kawan saya yang pernah ada masalah macam ni..
    bila suruh putus, dia kata bf dia ugut macam2, siap pukul2 bagai lagi..
    nasib baik skrg dah lepas dari jantan tu dan ada pengganti yang lebih baik..

    err saya memang takut dengan orang yang panas baran..bro panas baran tak??hihihi~

    1. Bro seorang yang memang panas baran.. Nape..?? berminat dengan bro ke..??

      Tapi bro baran terkawal la. If tiada orang cari pasal dengan bro, tiada la ape2 yang akan terjadi.

      If ada orang nak cari pasal.

      Sama ada dia ke hospital atau arwah je.. so elok bro elak dari jadi cam tue.

      tapi selalunya, memang tak ramai yang berani cari pasal dengan bro.

      bagus la kawan kamu dah terselamat kan.

      bro seorang yang caring dan penyayang he..23x sila la percaya

  2. nice entry abg~ perempuan ni kadang2 bodoh. [reena tak cakap semua, sbb reena belum tahap tu] kerana cinta, sanggup terima lelaki tu tak kira laki tu penagih ke, perompak ke. cinta ni senang kaburkan mata perempuan. sebab perempuan ni selalu orang yang menagih kasih sayang. once kalo laki tu tunjuk yang dia sayang pompuan tu. curang la 10 kali pon, sentiasa ada kemaafan buat lelaki itu. see. bodoh kan perempuan?
    tapi kalo sampai tahap da pukul, ugut. tu bukan kasih sayang da tu. so perempuan semua. sedarlan sebelum terlambat. baru bercinta, belum jadi suami. jadi suami kang jadi ape plak? sepak terajang? bunuh? simbah asid? nauzubillah~
    [sori komen panjang, da layak buat entry] haha

    1. entry biasa-biasa je nie…

      yup betul apa yang reena katakan 🙂 abg sokong di situ.

      alhamdulillah, sedar pun.. dah boleh buat entry dah nie… sila la buat.. then kredit link pada entry ini..

      lepas itu bro buat entry sambungan dengan apa yang reena katakan

      ok x..?? jom

  3. Belum kawin lagi dah control habis tu.. tak baik macam tu.. selagi dia bukan isteri atau laki anda anda tidak ada hak nak kongkong pasangan anda.. bagi nasihat takpe.. tapi kalau nak kawal pergerakkan dia.. rasanya tu salah caranya..

Leave a Reply to cik bunga Cancel reply

Top