April 26, 2024

Doa Lisa Surihani Termakbul, Istanbul Aku Datang!

Doa Lisa Surihani Termakbul, Istanbul Aku Datang!

Ahkirnya doa Lisa Surihani untuk terlibat dalam pengambaran di luar negara termakbul.

Beliau akan berlakon Filem “Istanbul Aku Datang!” dibawah arahan Bernard Chauly dan digandingkan bersama dengan Beto Kusyairy.

Terdapat 2 artis yang akan terlibat sama iaitu Tomok dan juga Aizat.

Lisa mengakui menghadapi kesukaran dan gugap apabila berlakon di samping dua lelaki yang sudah berkahwin iaitu Beto dan Tomok.

“Istanbul Aku Datang!” mengisahkan Lisa yang ingin membuktikan bahawa dia mampu menjadi isteri idaman kepada tunangnya, Tomok, seorang pelajar jurusan medik di Istanbul.

Namun di sana dia telah bertemu Beto, seorang pelukis berperwatakan pelik tetapi artistik.

Bicara Bro : Mesti tomey si Lisa ini berlakon pula bersama Beto yang namanya semakin naik sedikit demi sedikit.

Dah lama tak lepak bersama dengan Beto. Dengan Lisa..?? Walaupun dah banyak kali berjumpa. Bro masih tidak mampu menegurnya.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

25 thoughts on “Doa Lisa Surihani Termakbul, Istanbul Aku Datang!

  1. Beto memang makin popular sekarang. Sebab lakonan dia memang best. Walaupun dah beristeri tapi masih jadi pujaan ramai. Haha. Saya ada juga kadang-kadang singgah baca blog isteri dia. They are sweet couple.. :)

Leave a Reply to bardboo Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *