You are here
Home > Uncategorized > Cara Baru Buat Duit Di Facebook

17,422,579 total views, 4,400 views today

Cara Baru Buat Duit Di Facebook

Buat duit di facebook.

Satu lagi cara buat duit di facebook terbongkar. Kali ini, tanpa memerlukan banyak modal, tetapi hasilnya lumayan.

Ianya di lakukan sendiri oleh seorang suri rumah dimana ianya mendapat sambutan yang menggalakkan.

Suami beliau juga terkejut bila mengetahui apa yang telah dilakukan oleh isterinya.

Seorang isteri telah menjual gambar separuh bogelnya dengan menjadikan laman sosial di Internet itu sebagai medium untuk mencari pelanggan dan proses tawar-menawar.

Selepas lelaki yang berminat memasukkan wang ke dalam akaun banknya,

Wanita berusia 35 tahun itu menghantar gambar separuh bogelnya kepada lelaki terbabit melalui khidmat pesanan multimedia (MMS) di telefon bimbit.


Testimoni dari suaminya,

Perbuatannya terbongkar selepas suami wanita terbabit diberitahu seorang daripada lelaki yang pernah membeli gambar isterinya itu.

Dia juga mendapati apa dikatakan lelaki itu benar selepas memeriksa telefon bimbit serta komputer isterinya.

Dia menyamar dengan menggunakan nombor telefon lain untuk berurusan dengan isteri melalui facebook dan maklum balas diterima membuktikan isterinya tergamak menjual gambar separuh bogelnya untuk mendapatkan wang.




Bicara Bro : Ini baru satu kes, belum kes-kes yang lain.

Kalau bro nk jual gambar bro, ada tak yang nak beli. Tapi bukan gambar bogel atau separuh bogel ek.

Maksud bro gambar hasil photoshoot yang bro buat. Kot-kot boleh dipamerkan dalam gallery ke kan.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

10 thoughts on “Cara Baru Buat Duit Di Facebook

Leave a Reply

Top