You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > Bila Dia Kini Milik Orang (Tengah Frust Nie)

17,457,821 total views, 988 views today

Bila Dia Kini Milik Orang (Tengah Frust Nie)

Puteri BunianBila dia kini milik orang.

Tarikh 11.11.11 menjadi saksi cinta mereka disatukan lalu diijab kabul sebagai pasangan suami isteri yang sah.

Aku…??

Aku masih lagi di sini.

Bersama haluan hidupku, yang ternyata jauh berbeza dengan haluan hidupmu.

Orang seperti ku, tidak layak untuk berada disisimu. Tanpa menggunakan cermin, aku tetap sedar dan menyedarinya.

Moga dikau berbahagia bersamanya.

Aku hanya teman yang memerlukan teman sepertimu.

Terima kasih kerana sudi menemani aku, membantu aku bangun selepas aku jatuh tersungkur dahulu.

Aku tetap akan teringat senyuman manis waktu mata bertentang mata antara kita sewaktu aku sedap menjamah Nasi Kerabu di depanmu.

Walaupun ketika itu,

Aku tidak mengenali kau,

Dan kau juga tidak mengenali aku.

Mungkin di situ berputiknya segala-galanya.

Aku akan ingat sampai bila-bila. Buat insan bernama F (bukan nama sebenar he…23x)

Bicara Bro : Walaupun dia terbaik, tak semestinya dia terbaik buat kita. Walaupun dia bukan terbaik, tak semestinya dia bukan terbaik buat kita.

jodoh pertemuan atas ketentuanNya.

kredit pic : PBB – Puteri Bunian Bro (gambar hiasan)

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

32 thoughts on “Bila Dia Kini Milik Orang (Tengah Frust Nie)

    1. bunga memang bukan sekuntum… bunga banyak jenis… ada yang busuk, wangi… cantik, lawa, kembang, kuncup… bermadu… bersepah

      semua ada…

      cuma bro x cukup mengumbang je he..23x

Leave a Reply

Top