March 29, 2024

Bapa Mana Yang Tak Terasa, Bila Anak Daranya Jadi Begini

Betul kata orang lama-lama.

Bukan senang nak jaga anak dara seorang dari lembu sekandang.

Bro tak habis-habis dengan isu lembu sepanjang minggu nie. Bermain dengan keyword ke bro nie.

Bro bukan nak perkatakan mengenai lembu, tetapi mengenai anak dara zaman sekarang.

Dari perspektif bapa orang (walaupun bro belum digelar bapa), teringin nak jadi bapa kebloggeran (dah macam bapa kemerdekaan la pula, ke papagomo)

Terselak surat khabar hari ini.

****

Muka pertama je dah cerita pasal kes “Rahsia Anak Dara”

Apabila si bapanya memasang cctv sekeliling rumah apabila merasakan rumah mereka diganggu lembaga hitam atau makhluk halus.

Sekali ternampak aksi sumbang anak daranya yang berumur 16 tahun bercumbuan dengan lembaga tersebut.

Rupanya, lembaga tersebut adalah kekasih anak daranya yang diseludup masuk tanpa pengetahuannya.

****

Ada satu lagi kes yang mengejutkan si bapa. Apabila si anak mengadu sakit perut rupanya nak beranak.

Baru je berumur 15 tahun.

Dari apa yang bro baca, dia terlanjur dengan teman lelakinya awal tahun dulu semasa tinggal dengan ibunya yang telah bercerai dengan ayahnya.

****

Sedih je baca cerita-cerita macam nie.

Bro tak mahu nak menghukum sesiapa atau nak salahkan sesiapa. Bro cuma nak tekankan hati dan perasaan bapa mereka sahaja.

Tolong jangan tinggalkan komen yang penuh emosi dan mempersalahkan mana-mana pihak. Sila gunakan kewarasan anda dengan meninggalkan komen yang membina.

Bicara Bro : Raya baru-baru ini, bro dapat melihat ayah bro ketawa dan tersengih bila bersembang dengan anak-anaknya.

Susah nak tengok anak-anaknya berkumpul. Walaupun, bro pagi raya baru sampai ke rumah.

Dan maafkan abg, kerna masih belum mampu jadi anak yang terbaik untuk ayah.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

18 thoughts on “Bapa Mana Yang Tak Terasa, Bila Anak Daranya Jadi Begini

  1. memang gejala sosial melibatkan remaja perempuan di malaysia sangat membimbangkan…semoga Allah bagi kekuatan kepada kita untuk mendidik anak2 kita nanti..tambah2 phat baru je dpt baby perempuan..mikir jugak apa yang jadi masa depan nanti dengan cabaran hidup sekarang ni

    1. jagalah mereka sebaiknya…

      jangan tersalah ajar dan jangan terlalu mengongkong.. didik mereka dengan realiti kehidupan di dunia dan di akhirat..

      kerana wanita sahaja yang mampu menarik bapanya, suaminya, adik beradik lelakinya ke neraka

  2. anak perempuan ni beban tanggungannya lebih berat. anak lelaki akil baligh je dah terlepas dosa drpd si bapa tp anak perempuan slagi blom berkahwin masih ditanggung dosa oleh bapa

    1. yup betul tue…

      aku risau gak nie… bayangkan tertiba anak aku yang buat…

      rasanya time tue gak darah tgi aku naik, jantung berhenti berfungsi.. then jalan cam tue je…

      adeh..!!!

    1. tau xpe… hati bro yang membaca nie pun hancur luluh gak…

      pagi tadi dalam kul 8 pagi..

      bro lepak dekat balkoni… nampak la ada family nie hantara anak dara die balik rumah sewa…

      bro rasa cam kenal je budak perempuan tue…

      cuma malas nk fikir lebih2…

      sian juga tengok family die yang bersusah payah hantar die, dah la waktu tue dan tempat bro mmg kawasan jem

    1. Sbnrnye dosa anak dye yang kene tanggung setakat pengatahuan ayah dye ajer… Kalau anak tu buat dkat blakang2 n tak dihekathui makan anak tu tanggung dosa sendiri…

  3. aku rasa ayah bro pun dah bersyukur dengan keadaan bro sekarang.hati ayah ni jangan diguris dah memadai… :)
    mungkin ada 1 yang dia tak puas ati iaitu bila bro nak kawin?hehe… :P

Leave a Reply to aien not alien Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *