You are here
Home > Uncategorized > Pengakuan Seorang Isteri : Air Mata Jutawan

Pengakuan Seorang Isteri : Air Mata Jutawan

Terbaca dimuka depan akhbar hari ini.

Berkenaan nasib seorang wanita yang layak dilabelkan usahawan bertaraf jutawan kira-kira 10 tahun dulu kerana mampu memiliki kilang sendiri.

Namun kini yang tinggal pada dirinya hanya air mata selepas diisytiharkan muflis akibat muslihat suami.


Kesnya begini,

Wanita malang ini pada mulanya menjadi penjamin suami yang membuat pinjaman bank berjumlah hampir RM5 juta.

Tetapi disebabkan suaminya gagal menjelaskan hutang, dia menjadi buruan institusi kewangan sehingga semua hartanya disita selepas diisytiharkan muflis.

Ketika hidupnya terumbang-ambing, dia diceraikan hanya dengan SMS dan pada masa sama bekas suaminya membina hidup baru dengan membuka perniagaan serta akan berkahwin lain.

Sepanjang 20 tahun usia perkahwinan mereka, dia jarang merasai kebahagiaan kerana bekas suaminya yang berusia 50-an itu sering menjadikan dirinya tempat melepaskan marah.

Sian la pula dengar ceritanya.

Boleh pula minta cerai guna sms. Maju juga zaman sekarang ini. Jimat dan mudah. Terus boleh jadi bahan bukti jika dibawa ke mahkamah

If ada masa anda boleh menonton video temubual beliau dengan wartawan.

Bicara Bro : Zaman sekarang ini, banyak beno permasalahan rumah tangga. Ini salah satu kes juga nie.

Dan yang terbaru, kes suami jadi mangsa si isterinya.

Adeh…!!! Kes biasa yang selalu kita dengar pun, kes curang & cerai je la.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

19 thoughts on “Pengakuan Seorang Isteri : Air Mata Jutawan

  1. dayus! nmpak sngt mmg tujuan lelaki tu kahwin ngan wife dia tu utk kpntingan dr sndri dgn menggunakan kesenangan isteri..apelah..spttnya lelaki yg jd ketua keluarga menyara dan melindungi isteri..ni lain lak jadi..

    haiishh.. ada lg ke lelaki yg boleh dianggap lelaki dan jd suami yg bukan skadar atas nama je..?

Leave a Reply

Top