April 26, 2024

Laksana Hudud Jika Dapat Undi Majoriti Parlimen

PAS hanya akan melaksanakan hukum hudud sekiranya mendapat majoriti sokongan dua pertiga di dalam Parlimen.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata,

Pelaksanaan hukum hudud di Malaysia mestilah menerusi pindaan perlembagaan iaitu amalan biasa bagi negara demokrasi.

Pinda Perlembagaan di Malaysia bukan perkara baru, dimana ianya sudah melalui 53 kali pindaan Perlembagaan sejak Merdeka.

Proses pelaksanaannya itu mesti melalui perlembagaan.

Perlembagaan ertinya menerusi pindaan ke arah perkara yang boleh untuk melaksanakan hudud, iaitu mestilah mendapat dua pertiga sokongan (Parlimen) dan ia proses biasa dalam negara demokrasi.

Bicara Bro : Maaf, bro malas nak mengulas isu politik di blog.

Jangan jadikan Hukum Hudud sebagai agenda politik. Jika hukum-hukum lain pun tidak terlaksana.

Berbaloi ke tangkat khalwat hanya dikenakan denda RM3000 sekepala? Kan elok rejam sampai mati (itu hukum islam bagi mereka yang berzina – sila mulai dengan benda ini sebelum pergi kepada benda yang berpuluh-puluh tahun dipolitikan tanpa ada apa-apa tindakan)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

5 thoughts on “Laksana Hudud Jika Dapat Undi Majoriti Parlimen

Leave a Reply to zuan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *